Selasa, 31 Januari 2012

Projek Biodiversiti @ Sg Chuchuh,Padang Besar Siri II

 Kali nie,nak sambung lagi pasai citer projek biodiversiti nie. Gambar kat atas nie,adalah sebahagian team member yang sama sama membantu untuk merealisasikan projek kat Sungai Chucuh nie. Kalau team,tak ramai memang tak berani la nak buat keje nie..bukan apa,ianya agak bahaya skit la..Kawasan ini bersebelahan dengan hutan simpanan dara.Maksudnya,hutan yang belum diteroka..oleh itu,binatang liar agak banyak la juga..kat area yang kami dok teroka tu.Memang ada ular tedung selar..cuma aku tak penah bersua muka lagi..dan tak nak bersua muka...kerana baru baru nie,ada staf yang penah jumpa la..diaorang ikut trek yang kami buat tu..so memang terserempak la..saiz memang besar..so bila nak buat keje kat sini,kena bawa team yang ramai la..semangat skit..hehehehehehe

 Yang nak citer la gak...disebabkan  tuan punya blog dok handle projek ini,Jadi ada la peluang untuk naik helikopter...heli nie sewa khas dari subang..sewa kat syarikat Helistar..heli nie buatan Perancis.Gambar kat atas tu..Kapten Samsul tengah nak isi minyak heli..isi banyak gak la..hampir nak abis satu tong drum tu..kalau minyak heli nie,taruk kat keta..tentu makin power agaknya...hahahahahaha..berapa harga sewa heli ini,kena la tanyak company tu sendiri,tuan punya blog lupa nak tanya kat kapten la..
 Yang nie gambar kat dalam kokpit heli tu..waktu naik heli tu,tuan punya blog jadi co-pilot, coz nak tunjuk arah kat kapten..so tak yah la nak guna GPS la..tuan punya blog,memang asal perlis..so tau la tentang hala untuk nak tuju tu. Tapi satu yang tuan punya blog perasan la..waktu dok kat atas heli tu,pemandangan kat udara,memang lain sangat..berbeza betui la..selama nie dok area atas tanah jer..bila dok atas..memang agak blur gak mula2 tu..lagipun ini first time,naik heli..hehehehe..pemandangan dari atas memang cantik betui..memang terpesona la.

 Gambar ini ambik sebelum naik heli..saja nak posing skit..kalau dah naik heli,bukan ada masa nak ambik gambar sendiri..cadang tu,nak snap gak la gambar sendiri waktu kat atas heli tu..tapi tak sempat pun,asyik dok pandang kat bawah jer..
 Ni gambar waktu sebelum naik heli..penerbangan tu kena tunda lebih dari setengah jam,coz ada kabut..so sempat la sarapan  ngan Kapten Samsul dan Dato Mustaffa Maarof.Dato pun naik sama gak heli tu.Beliau nak buat penggambaran untuk video Unimap..Waktu dok borak ngan Kapten tu,dia asyik citer pasai heli terhempas jer..satu kejadian demi kejadian,so dia pun bg tau la apa yang menyebabkan heli tu leh terhempas..hehehehehe..Kapten nie dulu bekas army..dia dok bawa Heli Nuri..so memang banyak pengalaman la..
Yang baju biru tu,bos kepada tuan punya blog.Atas arahan dia la,tuan punya blog dapat naik heli tu..Sepatutnya bos tuan punya blog yang naik heli tu..tapi dia ada hal skit.Tu yang tuan punya blog leh naik tu..Terima Kasih Bos..hehehehehe..

2 ulasan:

  1. wah Syoknya Naik Heli, kisah yang menarik :)

    BalasPadam
  2. thanks Iaryylr..mmg syok nak heli,,pengalaman pertama..leh naik free lak tu..hehehehe

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails