Jumaat, 24 Februari 2012

Governor Farquhar 1 pice 1800-1804

 Seperti yang telah dijanjikan sebelum ini,entry yang pertama tentang coin pada tahun ini memang agak gempak juga la..Coin Governor Farquhar..antara coin dalam kategori RRRR..coin yang amat sukar nak dapat pada masa kini..jika ada pun,harganya memang terlalu mahal..Coin ini saya dapat dari sorang sahabat baik saya..kolektor otai kat penang..katanya dia nak dapat coin ini pun,makan masa puluhan tahun...dia kata,kalau tak percaya..cuba bawa duit cash ke kedai kedai yang jual coin kat malaysia nie..belum tentu kita leh jumpa coin ini,walaupun kita ada duit kat tangan.Begitulah susahnya untuk nak dapat coin ini.Mengikut cerita coin ini dah lama dok kat dalam laut..kalau coin ini dicium,kita leh bau tanah liat laut.Mungkin dah beratus tahun tertanam kat dalam laut sebelum dijumpai..Memang tuan punya blog rasa amat bertuah dapat memiliki sekeping coin penang ini.Kalau ada rezeki tu,leh la cari gavenor Leigh lak..itupun kalau jumpa la..Berapa harga tuan punya blog beli coin ini,biarlah dirahsiakan..coz harga kat katalog tu,memang tak leh guna la..harga sebenar lagi mahal la..

Ini bahagian belakang coin tu,.memang kosong..takde apa apa cetakan.

1 ulasan:

  1. Salam tuan
    memang teruja sungguh duit ini. Saya amat minat sungguh duit ini kalau ada terjumpa lagi call saya .

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails