Jumaat, 8 Jun 2012

Kupon Petrol 3 Unit




Kali nie saya akan sambung cerita ttg kupon petrol lagi..dan ada banyak lagi koleksi kupon petrol ini dalam simpanan saya.Maka dalam bulan Jun nie,rasanya kesemua akan berkisar tentang kupon petrol. kupon petrol ini untuk 3 unit. Tuan punya yang guna kupon petrol ini Haji Abdullah dengan no plat kenderaannya W 56. Rasanya tentu Hj Abdullah ini sorang yang berpangkat tinggi dalam kerajaan pada ketika itu atau seorang yang hartawan. Lagipun pada zaman dahulu,hanya orang orang yang benar benar kaya sahaja yang mampu pergi menunaikan haji pada ketika itu.Itulah yang diceritakan oleh arwah nenek saya. Lagipun masa dulu,kena pi haji naik kapal.Perjalanan makan masa berbulan bulan..bukan macam sekarang nie..senang jer,naik kapal terbang.Kereta jenis apa yang digunakan oleh Haji Abdullah tu,tak pasti la pulak..tapi mesti kereta yang sangat hebat pada zaman dahulukan..ye lah,zaman sebelum merdeka.

2 ulasan:

Related Posts with Thumbnails