Jumaat, 15 Jun 2012

Petrol Coupon 3 Units



Bab kupon belum habis lagi nie..so sebelum nie saya dah pun kuarkan entry kupon petrol 3 unit,yang warna coklat. Yang nie pun 3 unit juga cuma warna biru..kenapa ianya berbeza..kena la tengok tarikh sah laku kupon tu. Yang berwarna coklat tu,tarikhnya oktober-disember 1949. Manakala kupon nie pulang tempoh sah lakunya bermula dari July-Sept 1949.So ini bermakna tempoh sah laku kupon petrol ini cuma 3 bulan jer.Maka boleh dikatakan la,tentu banyak kupon yang seperti ini dikeluarkan pada tahun 1949,namun pada ketika ini.Nak jumpa kupon yang mcm nie agak sukar.Harga pun mahal la juga. Sebelum nie tuan punya blog memang tak pernah tengok dan jumpa kupon petrol ini.Tapi semenjak kupon ini boleh dilihat di Sasana Kijang BNM,maka sejak tu baru la leh jumpa kupon ini kat pasaran.Mungkin sebelum ini,kupon ini tiada nilai atau takde sapa yang nak ambik peduli..entahlah,ini cuma telahan tuan punya blog jer.No plat kenderaan pun cantik W 64..kalau leh letak no plat mcm tu kat keta pada zaman sekarang nie..mesti bestkan..baru gempak....hehehehehehe

3 ulasan:

  1. salam,
    kadang kadang bila kumpul barang nie, bila dah nampak atau ada 1, atau dapat pegang, lepas tu macam ada magnet pula :)

    BalasPadam
  2. Salam Nazri,
    Menarik koleksi hang ni.. hehe. Jeles sungguh.

    BalasPadam
  3. thanks iaryylr,memang bila dah pegang tu.mcm magnet..kalau dah dapat sekeping,confirm akan kumpul lagi berkeping keping..hehehe
    w'salam mnfaj..thanks..koleksi hang pun apa kurangnya,,tetap menarik..

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails