Rabu, 22 Mei 2013

$1 Siri Ke 4 100 Keping RN





Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya.Entry kali ini tentang duit seringgit Aziz Taha siri ke 4. Duit siri ke 4 ini dikeluarkan dari tahun 1981 hingga 1983. Hanya 3 tahun sahaja siri ke 4 ini dicetak.Oleh yang demikian,bilangan duit yang dicetak adalah amat sedikit.Disebab itulah harga notes untuk siri ke 4 ini agak mahal berbanding siri yang lain.Terutamanya duit $100!! hanya para kolektor jer yang tahu betapa mahalnya duit siri ke 4 nie.
Duit yang saya paparkan ini ada 100 keping dengan nombor berturutan.Bukan senang nak dapatkan duit yang berusia 30 tahun dalam keadaan yang masih lagi dalam satu stack!Kertas pembalut masih lagi yang asal dan mempunyai kesan kekuningan.Mungkin ada yang bertanya berapakan harga duit ini..pada pendapat saya la,dengan kualiti yang masih lagi UNC..sekeping boleh dijual dengan harga RM40 hingga RM50,jadi darabkan dengan 100 keping dan tambah lagi 20% kerana masih lagi dalam nombor berturutan....agak mahal bukan...
Duit ini saya dapat dari Sifu Fazil..ari tu dia jual sebahagian besar koleksinya..Jadi banyak juga la item yang rare saya beli darinya..Harga pun boleh tahan la juga,harga anak murid ngan sifu..so mampu dimiliki la.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails