Sabtu, 14 September 2013

Straits Settlements Private Issue : The Chartered Bank of India, Australia & China. Five Dollars

 Assalamualaikum kepada semua pembaca dan pengikut blog saya. Kali ini saya sajikan anda semua dengan matawang persendirian ataupun private issue. Matawang ini dikeluarkan oleh The Chartered Bank Of India, Australia & China. Ianya dikeluarkan pada tahun 1859 hingga 1860.Matawang persedirian ini dikeluarkan untuk mengatasi masalah kekurangan wang kertas yang berlaku antara tahun 1859 hingga 1890. Matawang ini dikenali sebagai "Post Bill". Notes ini dikeluarkan di Singapura pada tarikh 1/3/1859!

Apa yang para pembaca lihat sekarang ialah matawang kertas yang berusia lebih dari 150 tahun!! memang menarik kan..Matawang ini di cetak di London oleh Printer Batho and Company. Saiz notes ini agak besar juga 240mm x 123mm. Kuantiti cetakan notes ini hanya 300 keping sahaja! Pada notes ini tertera no 148. Cuma saya tertanya juga,dari 300 keping cetakan pada tahun 1859 yang lalu..sekarang ini berapakah baki yang masih lagi ada di tangan kolektor??

 Notes ini saya perolehi dari Singapura dengan bantuan seorang sahabat baik saya. Berapa harganya matawang ini?? biarlah ianya menjadi rahsia antara saya dan sahabat baik saya itu..Cuma kadang kala,saya agak terkejut kerana kualiti notes ini masih lagi cantik walaupun sudah berusia lebih dari 150 tahun. Dan koleksi ini merupakan notes yang paling tertua yang pernah ada dalam koleksi saya.
 Untuk pengetahuan semua,notes ini juga ada dikeluarkan di Kwala Lumpur dan Thaiping (itu ejaan lama tahun 1859 yer).Namun ianya terlalu sukar untuk dijumpai notes itu pada ketika ini.Mungkin ianya telah pun rosak ditelan zaman. Untuk keluaran di Kuala Lumpur dan Taiping, hanya nilai muka 5 dolar dan 10 dolar sahaja yang dicetak. Namun untuk keluaran di Singapura, nilai muka yang dicetak agak banyak iaitu 5,10,50,100 dan 500 Dollars.
 Saya memang rasa bertuah kerana dapat memiliki sekeping notes cetakan persendirian ini.Sebelum ini,notes ini hanya dapat saya tatap kat katalog jer.Tapi kali ini,ianya telah pun berada dalam koleksi peribadi saya.Terima kasih banyak-banyak pada sahabat yang telah membantu untuk merealisasikan impianku ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails