Assalamualaikum kepada semua pembaca setia blog saya.. saya mohon kemaafan kerana dah lama tak update blog ini.. dan berdebu dan penuh dengan sarang labah-labah blog ini. Hampir 1 tahun 7 bulan saya tak update langsung blog ini. Namun saya masih lagi aktif mengumpul duit duit lama. Cuma tak berapa aktif seperti dahulu.. Saya masuk bertapa kat dalam gua.. la nie pertapaan dan abis.. Jadi,Insyaallah saya akan kembali aktif tapi mungkin tak seaktif seperti dahulu.. tuntutan kerja kali ini makin bertambah berbanding dahulu..Jadi kerja perlu diutamakan.
So saya mulakan coretan saya dengan kisah percutian ke Pulau Perhentian. Gadis-gadis kat atas ini,merupakan rakan sekerja saya. Kami jadi peneman kepada puluhan pelajar tahun akhir ke Pulau Perhentian. Memang enjoy kat sana..jika boleh saya akan ke Pulau Perhentian lagi selepas ini.. aman dan damai.. tempat yang terbaik untuk hilangkan kepenatan bekerja..tambahan pula di temani oleh students yg comei... hihihihi
So untuk kali ini biarlah gambar berbicara...yg ni Chalet penginapan kami semua.. Samudera...kat sini bekalan elektrik 24 jam..
Jom kita snorkling..ayaq memang jernih...leh tengok ikan-ikan, sotong dan penyu. Ada satu kawasan tu,kita akan bagi ikan-ikan makan roti..so ikan ikan ini akan mengelilingi kita..
Ahad, 11 Oktober 2015
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan