Jumaat, 31 Julai 2009

$1 3rd Series Special Number

Notes $1 3rd series nie menarik sebab nombor berganda. Yang sebenarnya notes nie saya beli 6 keping bermula dari 44 -99..tapi nombor 55-99 tu dah jual kat member baik sebagai tanda persahabatan. Kualiti notes nie UNC. Cuma notes yang macam nie sukar nak dapat.

$10 Dolar 1961

Notes $10 Dolar Malaya British Borneo nie,kadang kadang orang sebut notes kerbau bajak. Notes nie prifix A kecik. Kalau huruf B besar, memang dalam kategori rare la. Notes yang saya ader nie,koyak koyak jer. Mampu dibeli sebab murah,cuma RM80 jer. Beli kat Negeri Sembilan.
Sorang seller bagi tau yang orang cina suka notes nie,coz digunakan dalam upacara keagamaan.

Coagulant Units Coupon

Coagulant unit coupon,terus terang saya pun tak tau apa kegunaan kupon nie.Rasanya berkenaan dengan getah gak kot. Buku katalog Steven Tan pun takde banyak maklumat ttg kupon nie. Kualiti kupon nie,semuanya UNC. Kalau member lain ader maklumat leh la kongsi kongsi kan.

Rubber Coupon Katis



Yang nie merupakan kupon getah dalam berat kati.kalau tak salah 1 kati bersamaan dengan 600 gram. 10 katis tu kualiti UNC, mana yang 25 katis tu F jer, cuma running number.

Khamis, 30 Julai 2009

Rubber Coupon






Kupon getah merupakan satu sejarah la untuk negara kita. waktu zaman tu,getah merupakan komoditi penting,so kalau nak eksport pun kena ader permit la. Setiap negeri ader kupon masing-masing. Kualiti untuk 3 kupon nie UNC. Semuanya untuk 1 pikul atau lebih kurang dalam 60 Kg. Cuma setakat tu jer yang saya tahu tentang kupon getah nie..kalau nak tau lebih lanjut,kena la tanya mereka yang lebih arif.

$50 Dolar Malaya British Borneo 1953

Notes nie boleh dikatakan agak rare la juga,tapi masih lagi boleh didapati kat seller tertentu. Cuma harga jer mahal skit. Notes yang ader nie,kualiti dalam gF jer..ader kesan kotor pada notes. Notes nie,saya beli dari seller dari Sarawak. Tapi kalau nominasi $100 dolar,memang confirm Rare..harga sekeping pun beribu ribu. Saiz notes nie pun agak besar gak,lebih kurang sama saiz ngan duit $100 siri pertama- ketiga.

$1 3rd Series Running Number

Notes $1 3rd series nie ader lima keping,running number..cuma kualiti dalam F jer,ader kesan kotor pada notes.

$10 4th Series Replacement


Notes Replacement $10 siri ke 4 kualitinya UNC. Boleh dikatakan agar rare la juga,coz cuma ader siri X/1 jer....notes nie saya beli dari sorang seller kat KL. Sebenarnya mmg menarik kalau kita dapat kumpul wang gantian nie,coz harganye lebih mahal dari notes biasa dan sukar lak nak dapat.So pakat ramai ramai la kumpul wang gantian nie yer.Dulu ader seller tawarkan notes $50 x/1 kat saya..tapi waktu tu takde budget,so tak dapat nak beli la..bila dah ader budget,notes tu dah ader org lain yang ambik. Memang kecewa la...

Rabu, 29 Julai 2009

Sarawak $1 Dolar 1929

Notes sarawak nie,memang buruk dan berlubang lubang..kualiti dalam Poor. Namun saya ader sekeping nie jer,sukar gak nak cari yang elok..kalau ader pun,harga memang tak mampu nak beli la. Buruk pun buruk je lah,janji ader dari takde langsung. Notes nie dapat dari seller dari sarawak. Notes sarawak,memang menarik coz sukar nak dapat la..yang biasa ialah tahun 1935. tapi kalau tahun 1929 nie,agak rare la juga. Kalau ader nominasi yang lebih besar,lagi gempak la..

$10 2nd Series Replacement





Notes replacement $10 2nd series nie,saya boleh dapat 3 siri jer dari 4 siri..untuk Z/4 memang sukar nak dapat. kalau ader pun beribu ribu harganya. Jadi yang mampu dibeli cuma Z/1, Z/2 dan Z/3 jer. entah bila la nak dapat Z/4 untuk melengkapkan koleksi. Kualiti notes nie dalam F dan VF jer.

Related Posts with Thumbnails