Jumaat, 13 April 2012

Coin India??


Rasanya dah agak lama juga la tuan punya blog dah update blog nie..nak kata sibuk tu,tak la sibuk sangat..cuma kurang semangat sikit..asyik dok tangguh tangguh jer nak update blog nie..koleksi yang nak diceritakan pun dah makin banyak la juga..so kali ni nak mulakan dengan coin yang tak dapat nak kenal pasti akan asalnya
Terus terang cakap yang tuan punya blog memang takde ilmu dan kurang ilmu tentang coin yang digunakan kat luar negara.Jadi bila ada insan yang bertanya tentang coin luar negara ni..terkulat kulat la juga nak jawab....huhuhuhuhu...samalah seperti coin kat atas nie..dah agak lama juga beli coin nie..katanya coin ini digunakan di India..tapi tak tahu la tahun berapa atau sultan apa? kalau ada diantara pembaca yang tahu ttg coin nie.harap harap tu,leh la berkongsi dengan tuan punya blog.bila tengok warna coin nie..macam diperbuat dari perak..lupa lak nak ujian kandungan logam coin nie..rasanya setakat itu je lah buat kali ini..nanti tuan punya blog akan masukkan entri sekerap yang mungkin..wassalammmm.

Jumaat, 16 Mac 2012

Cadei Pitas Estate 5 Cents


Kali ini entry tentang token yg digunakan di ladang-ladang kat kawasan British North Borneo. Token Cadei Pitas ini boleh dikatakan agak rare juga dan sukar diperolehi.Harga yang tuan punya blog beli pun agak mahal gak la..tapi dah minat punyai pasai..beli juga la.. Berat token ini 1.4g,berdiameter 16.5mm dan diperbuat dari copper. Lagipun sekarang ini agak sukar nak jumpa token token estate yang rare..jika ada pun,harga terlalu mahal..harga kat pasaran sememangnya lebih mahal dari harga katalog. Jadi jangan la dok terikut sangat dengan harga katalog..jika anda nak beli token ikut harga katalog gak...memang jenuh la nak dapat.

Jumaat, 24 Februari 2012

Governor Farquhar 1 pice 1800-1804

 Seperti yang telah dijanjikan sebelum ini,entry yang pertama tentang coin pada tahun ini memang agak gempak juga la..Coin Governor Farquhar..antara coin dalam kategori RRRR..coin yang amat sukar nak dapat pada masa kini..jika ada pun,harganya memang terlalu mahal..Coin ini saya dapat dari sorang sahabat baik saya..kolektor otai kat penang..katanya dia nak dapat coin ini pun,makan masa puluhan tahun...dia kata,kalau tak percaya..cuba bawa duit cash ke kedai kedai yang jual coin kat malaysia nie..belum tentu kita leh jumpa coin ini,walaupun kita ada duit kat tangan.Begitulah susahnya untuk nak dapat coin ini.Mengikut cerita coin ini dah lama dok kat dalam laut..kalau coin ini dicium,kita leh bau tanah liat laut.Mungkin dah beratus tahun tertanam kat dalam laut sebelum dijumpai..Memang tuan punya blog rasa amat bertuah dapat memiliki sekeping coin penang ini.Kalau ada rezeki tu,leh la cari gavenor Leigh lak..itupun kalau jumpa la..Berapa harga tuan punya blog beli coin ini,biarlah dirahsiakan..coz harga kat katalog tu,memang tak leh guna la..harga sebenar lagi mahal la..

Ini bahagian belakang coin tu,.memang kosong..takde apa apa cetakan.

Jumaat, 17 Februari 2012

Bot Peronda Laju

 Ini merupakan entry yang terakhir tentang cerita yang tak der sangkut paut ngan duit lama..Minggu depan insyaalah,tuan punya blog akan masukkan entry yang gempak lagi sensasi....hehehehehe...tunggu jer lah...
Gambar kat atas tu adalah majlils penyampaian bot peronda laju milik jabatan taman laut kedah kepada UniMAP dan juga jabatan pendidikan kedah. Majlis ini disempurnakan oleh Ketua Pengarah jabatan taman laut Malaysia, Dr Sukarno Wagiman.Bot peronda laju ini dilupus oleh pihak jabatan laut dgn memberi kepada jabatan kerajaan yang berminat. Majlis ini dibuat pada bulan januari thn lepas.
Biasalah,tuan punya blog nie keje biasa2 jer..so bos bagi arahan suruh pi tgk bot..mula2 hairan gak la..nak buat apa ngan bot..bos bg surat dari jabatan laut..so ajak la beberapa juruteknik utuk ikut serta ke pengkalan hadapan Ampang Jajar,Alor Setar. Tuan punya blog nie,memang tak reti langsung pasai bot tu..tu yg kena ajak juruteknik ikut sama..Bila dah sampai kat sana tu,ingatkan bot tu kecik jer..coz bila tgk gambar yang bos kasi dalam surat tu..mcm kecik jer bot tu..sekali tgk,mak aihh...besar juga la..siap ada tempat rehat lagi kat bahagian depan..mcm kabin la juga..so borak2 la ngan staf jabatan laut kat sana..rupanya bot ini digunakan untuk mengawasi pulau Payar..so dah lama gak la bot ini digunakan,dan mengalami keretakan dibahagian luar badan bot tu..dah byk kali diperbaiki..macam mana leh retak?? rupanya bot ini peronda laju..enjin paling kurang diorang taruk 200hp atau 250hp,dua unit lak tu..memang laju giler la..kalau nak pi Pulau Langkawi hanya setengah jam dari tempat diorang tu. Bot tu laju dibeli dari luar negara,jenama Boston Whaler Challenger 27....27 tu,panjang bot tu 27 kaki la..bot tu memenuhi standard US Coast Guard.Bot tu special skit,coz kalau bot lain..bila dilanda ombak,bot akan beralun alun..tapi bot ini tidak,ianya boleh membelah ombak..tu yg hebat tu..kalau laut tengah beralun kuat pun,memang takde masalah nak redah..
 Ini gambar bos tuan blog ngan ketua pengarah jabatan laut..
Bot kat belakang tu lah yang diberi oleh pihak jabatan taman laut..sekarang ini bot tu dah pun siap diperbaiki dan ada troli lagi..senang skit nak bawa ke sana dan ke mari..tapi masa nak baiki bot ini,memang agak lama gak la..bukan senang nak perbaiki bot rupanya..kos lak memang tinggi..baru la tuan punya blog tau..selama nie,memang takde ilmu langsung tentang bot nie..so bila dah diarahkan..so kena la ambik tahu gak..best gak,dapat ilmu baru tentang bot nie.cuma gambar terbaru bot tu,tak sempat ambik lagi..cuma sekarang tinggal nak taruk enjin  bot jer..kos lak mahal la..hampir RM160K....tapi budget dah pun diberi,so kena buat sebutharga la pulak..keje tuan punya blog la...nak kena study dulu la.term-term yang diguna pakai untuk bot ini...lepas nie,leh la lunch kat Langkawi..lepas tu balik ke ofis semula..hujung minggu dah rancang nak gie memancing...dah ada bot...rugi kalau tak guna....hehehehehehe..

Selasa, 31 Januari 2012

Projek Biodiversiti @ Sg Chuchuh,Padang Besar Siri II

 Kali nie,nak sambung lagi pasai citer projek biodiversiti nie. Gambar kat atas nie,adalah sebahagian team member yang sama sama membantu untuk merealisasikan projek kat Sungai Chucuh nie. Kalau team,tak ramai memang tak berani la nak buat keje nie..bukan apa,ianya agak bahaya skit la..Kawasan ini bersebelahan dengan hutan simpanan dara.Maksudnya,hutan yang belum diteroka..oleh itu,binatang liar agak banyak la juga..kat area yang kami dok teroka tu.Memang ada ular tedung selar..cuma aku tak penah bersua muka lagi..dan tak nak bersua muka...kerana baru baru nie,ada staf yang penah jumpa la..diaorang ikut trek yang kami buat tu..so memang terserempak la..saiz memang besar..so bila nak buat keje kat sini,kena bawa team yang ramai la..semangat skit..hehehehehehe

 Yang nak citer la gak...disebabkan  tuan punya blog dok handle projek ini,Jadi ada la peluang untuk naik helikopter...heli nie sewa khas dari subang..sewa kat syarikat Helistar..heli nie buatan Perancis.Gambar kat atas tu..Kapten Samsul tengah nak isi minyak heli..isi banyak gak la..hampir nak abis satu tong drum tu..kalau minyak heli nie,taruk kat keta..tentu makin power agaknya...hahahahahaha..berapa harga sewa heli ini,kena la tanyak company tu sendiri,tuan punya blog lupa nak tanya kat kapten la..
 Yang nie gambar kat dalam kokpit heli tu..waktu naik heli tu,tuan punya blog jadi co-pilot, coz nak tunjuk arah kat kapten..so tak yah la nak guna GPS la..tuan punya blog,memang asal perlis..so tau la tentang hala untuk nak tuju tu. Tapi satu yang tuan punya blog perasan la..waktu dok kat atas heli tu,pemandangan kat udara,memang lain sangat..berbeza betui la..selama nie dok area atas tanah jer..bila dok atas..memang agak blur gak mula2 tu..lagipun ini first time,naik heli..hehehehe..pemandangan dari atas memang cantik betui..memang terpesona la.

 Gambar ini ambik sebelum naik heli..saja nak posing skit..kalau dah naik heli,bukan ada masa nak ambik gambar sendiri..cadang tu,nak snap gak la gambar sendiri waktu kat atas heli tu..tapi tak sempat pun,asyik dok pandang kat bawah jer..
 Ni gambar waktu sebelum naik heli..penerbangan tu kena tunda lebih dari setengah jam,coz ada kabut..so sempat la sarapan  ngan Kapten Samsul dan Dato Mustaffa Maarof.Dato pun naik sama gak heli tu.Beliau nak buat penggambaran untuk video Unimap..Waktu dok borak ngan Kapten tu,dia asyik citer pasai heli terhempas jer..satu kejadian demi kejadian,so dia pun bg tau la apa yang menyebabkan heli tu leh terhempas..hehehehehe..Kapten nie dulu bekas army..dia dok bawa Heli Nuri..so memang banyak pengalaman la..
Yang baju biru tu,bos kepada tuan punya blog.Atas arahan dia la,tuan punya blog dapat naik heli tu..Sepatutnya bos tuan punya blog yang naik heli tu..tapi dia ada hal skit.Tu yang tuan punya blog leh naik tu..Terima Kasih Bos..hehehehehe..

Jumaat, 27 Januari 2012

Projek Biodiversiti @ Sg Chuchuh,Padang Besar Siri 1

 Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua pembaca blogku.Maaflah,rupanya dah hampir 2 bulan blog nie bersawang.Tentu ramai yang tertanya-tanya,kenapa tuan punya blog nie tak update blognya..apa cerita??..semua ini kerana tuan punya blog nie,agak sibuk ngan tugasan yang diberikan. Jadi nak cerita la sikit tentang keje luar nie.Tapi semuanya gambar hutan ngan ladang getah la..Kawasan ini merupakan kawasan hak milik Unimap. Jadi aku dan beberapa sahabat yang lain telah ditugaskan untuk menjadikan kawasan biodiversiti. Kalau nak tau,apa biodiversiti tu.Pandai-pandai semak kat mana mana,,tuan punya blog pun tak tau gak..hehehehehe..kawasan ini seluas lebih 200 ekar atau pun 350 relong.Tugas yang dipertanggungjawabkan ialah membina jalan masuk dan membina semula rumah yang telah ditinggalkan..senang citer,untuk projek ni..tuan blog kena jadi kepala la..tu yang bz memanjang tu..
 Inilah laluan yang dibina..nanti nak taruk ngan crusher run lak...
 Kat area nie ada dua batang sungai kecik..so kena buat culvert la pulak...lepas siap culvert tu..kena la buat laluan baru..cuba la tengok kat pemandangan lepas culvert tu..memang takde pedoman untuk nak buat laluan menuju kemana..hanya berbekalkan map dari google jer...huhuhuhuhu..dah la pulak kawasan ini,banyak lembah..so banyak laluan yang kena divert la..kawasan ini memang banyak binatang berbisa..kalau setakat lipan dan kala jengking tu..memang banyak la...ular tu..memang ada la,.,
 inilah rumah yang ditinggalkan..bos bagi arahan untuk mencantikkan semula rumah nie...so aku la yang kena cari kontraktor untuk kerja-kerja pembaikkan...
 inilah hasilnya....tapi belum siap sepenuhnya lagi..yang buat rumah ini,pekerja dari Thailand..cakap melayu pun tak reti...so guna bahasa isyarat la..tapi tokeh diaorang tu,orang melayu..so takde masalah la..
 kat kasawan semak samun nie,adalah kebun ciku...ada lebih dari 20 pokok kesemuanya..aku pun tak sempat suruh kontraktor bersihkan kawasan nie..nanti,kalau semuanya dah clear..leh la ajak member2 lepak kat sini..

 Inilah kenderaan rasmi aku waktu buat keje tu...naik ATV..memang best giler..leh buat macam harta sendiri..nak terjun ker..nak lompat ker..ikut suka aku la kan...hahahahaha..lagipun kalau naik ATV,agak selamat sikit..kat area nie banyak sangat 'kerbau pendek' aka khinzir hutan..hahahahahaha...nanti,tak pasai pasai kena sondol ngan babi hutan....huhuhuhuhu
Ini salah satu anak sungai yang ada kat area tu..airnya memang sejuk..puncanya dari hutan Simpan Mata Ayer..so nanti cadang nak buat empangan sikit..so leh la mandi manda....bos aku pun dah setuju..aku ada fully authorized untuk nak bangunkan tempat nie..kat sebelah sungai ini,aku nak buat tapak perkhemahan...baru jer siap 60%.Oklahah,nanti tuan punya blog akan sambung citer la...banyak lagi citer pasai projek nie,..lepas tu,barulah akan dimulakan dengan citer duit antik la..dan insayaallah,untuk first citer tu.ada syiling yang memang hebat reputasinya..so tungguuu je lahhhh..yerrrrrr..wassalam..

Jumaat, 4 November 2011

Sarawak One Keping 1841


Entry kali ini memang menarik..rasanya tak ramai yang penah tengok coin ini di depan mata. Jika tengok harga kat katalog,memang tak mampu nak beli..harganya beribu ringgit. Tapi sayangnya,coin yang saya ada ini counterfeit la..bukan yang asli.Kalau asli,memang tak mampu nak beli.Walaupun ianya palsu,tak ramai yang mempunyai coin ini kerana ia agak sukar diperolehi. Menurut satu maklumat yang saya perolehi,coin ini diperbuat pada tahun 70an. Walaupun ianya palsu,namun ia agak unik untuk dikumpul. Coin ini saya perolehi dari Singapore dengan bantuan sorang sahabat baik saya.

Khamis, 27 Oktober 2011

$1 Error Folds





Dah agak lama tak kemaskini blog ini,terlalu sibuk dengan tugas seharian.Ini pun boleh kemaskini kerana bercuti menjaga anak yang sakit kat rumah.Kalau nak difikirkan keje kat ofis tu memang tak pernah habis pun. Duit yang saya upload kat atas tu dinama error folds.Ianya terjadi kerana kertas yang digunakan untuk cetakan duit itu terlipat semasa dicetak. Maka jadi error yang seperti kat dalam gambar tu. Error yang macam nie,agak selalu juga kita jumpa.Kadang2 ada seller yang jual kat ebay atau mudah.Cuma harga jer yang tak berapa berkenan di hati.Ada kalanya harga terlalu mahal,macam takl berbaloi jer kalau nak beli. Notes yang nie,jika tak salah saya la..harga saya beli bawah RM150..harga sebenar dah lupa la.

Khamis, 6 Oktober 2011

Rubber Coupon Penang Island 1 Picul



Kupon getah kali ini agak menarik kerana ianya dari Pulau Pinang. Boleh dikatakan yang kupon Penang Island ini agak rare la juga. Memang sukar nak dapat,dan harga pun agak mahal la juga berbanding kupon kupon getah yang lain. Lagipun pada masa ini, rasa kat penang takde lagi ladang-ladang getah. Itu yang menyebabkan kupon getah penang ini menarik tu.Saya raya amat bertuah gak kerana dapat memiliki sekaping kupon getah Penang nie. Lepas nie kena la cari yang negeri lain pulak,seperti Kelantan dan Terengganu. Jika sesiapa yang ada kupon tu,boleh lah hubungi saya..jika harga mampu di beli,confirm saya akan beli. Walaupun kupon getah ini bukanlah matawang namun saya tetap nak kumpul juga kerana ia satu koleksi yang menarik untuk tatapan generasi yang akan datang.

Isnin, 3 Oktober 2011

Rubber Coupon Sarawak 25 Katis 30/9/1942



Dah lebih sebulan saya tak update blog,tentu para pengunjung blog saya dah bosan kan..ye lah,bila klik masuk blog saya...entry tetap yang lama gak,takde pun entry yang baru.Apa apa pun,saya minta maaflah. Saya agak sibuk dengan tugasan seharian. Sekarang nie baru la reda skit. Entry kali ini,agak biasa jer. Cuma tentang kupon getah Sarawak 25 kati.Namun apa yang menariknya ialah tarikh pada kupon getah tu jer, bertarikh 30 september 1941. Tarikh itu agak sukar nak dapat la. Tapi tak la rare sangat. Sekarang ini,saya agak aktif mencari kupon getah. Banyak wang telah digunakan,sebelum ini. Kupon getah ini,tak la popular sangat.Tapi sekarang ni,harga dah makin ramai,peminat pun bertambah. Itu yang seronok kumpul tu.
Related Posts with Thumbnails