Isnin, 31 Mei 2010

Syiling Lama Negeri Kedah, Tin Tra 1768



Duit syiling lama yang anda lihat ini ialah syiling yang digunakan dinegeri Kedah suatu masa dahulu. Ianya digelar Tin Tra. Duit syiling yang saya ada ini,kualitinya memang tak cantik,banyak kesan terhakis. Syiling ini diperbuat daripada timah,sebab itulah ianya senang terhakis. Pada bahagian depan coin ini tertulis "belanja kedah" dan bahagian belakang "darul aman sanat 1180". Syiling ini dikeluarkan pada tahun 1180H atau 1768M. Diameter 19 mm.
Syiling ini jika kualitinya masih lagi cantik,harga confirm akan beratus-ratus. Syiling ini agak sukar nak jumpa. Maybe boleh tengok kat muzium jer. Saya rasa bertuah coz dapat memiliki sekeping syiling lama negeri kedah ini. Maybe nanti nak pi jengok kat muzium kedah kot kot leh tengok coin yang lebih cantik dari yang saya ada ini. Coin ini saya beli dari sorang kolektor cina di Melaka.Koleksinya memang hebat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails