Jumaat, 28 Januari 2011

Duit Emas Sultan Ala'uddin Riayat Shah I 1527/28 - 1564 (Mas)



Coin yang anda lihat ini berusia ratusan tahun, coin ini merupakan coin emas saya yang kedua..yang pertama akan saya listkan tak lama lagi. ianya dikeluarkan semasa zaman kesultanan Johor. Dah lebih 500 tahun dahulu. Coin emas ini saya perolehi dari sahabat saya dari Terengganu. Coin ini beratnya 2.4870 gram dan ianya di panggil satu Mas atau mace. Atau 4 kupang. satu kupang beratnya 0.60 gram. Jika mengikut apa yang tercacat kat katalog Saran Singh:

Pada muka hadapan: tulisan jawi "Sultan Ala'uddin"
Belakang : tuklisan jawi " Khalifatul muminin"
Berat : 2.59 gram
Komposisi: Emas ( octagonal)

Saran Singh kategorikan coin emas ini sebagai RRRR atau teramat jarang untuk ditemui. Harga yang saya perolehi agak berpatutan. Jika harga pasaran antara RM4000 - RM5000 sekeping. Bila bercakap tentang ketulenan coin ini,saya pun agak pening sikit la. Bila dah tanya beberapa otai yang mahir tentang coin emas nie. Ada yang cakap coin ini original dan ada yang cakap ianya palsu. Jadi saya terpaksa la pergi jumpa dengan sorang kolektor kat Kedah,Dr Ibrahim Langkawi. Tapi belum buat temujanji lagi dengan Dr tu. Bila dah bertemu,baru la leh tau sama ada coin emas ini palsu atau tidak. Tapi jika ada para kolektor atau sesiapa sahaja yang mempunyai sebarang maklumat tengtang coin emas ini,boleh berkongsi dengan saya. saya pun kurang ilmu tentang coin lama kerajaan lama Melayu ini.

14 ulasan:

  1. Hope yg ni coin tulen.
    Terbaik lah nazri..
    nnti upload coin yg pertama yer...
    info pun ada...nice...sab suke...

    BalasPadam
  2. aku pun harap mcm tu gak sabri.tapi kena pi jumpa oatai2 yg tahu ttg coin emas nie dulu.baru leh tau ketulenan coin nie.tapi bila nak pi pun aku tak pasti lagi..takde masa la.

    BalasPadam
  3. salam, saya dari JB minta kebenaran copy gambar duit syiling. tima kasih

    BalasPadam
  4. slm bro..aku pn ade syiling emas yg mcm ni..aku da test mmg emas tulen..tp ketulenan syiling ni mmg btl dari zaman dulu tu tak dpt dipastikan sbb aku dpt syiling ni pon dari nenek aku..mmg cutting octagonal..berat die 2.52gram..1mas la..tp tulisan die bukan full mcm yg dlm gmbr bro sbb die kan cuting..so ade tulisan yg tercut la kot..mmg nmpk mcm btl2 tulen la..mcm tulisan khalifah tu separuh je ade atas coin tu.almukmin tu full..sultan pn separuh & alaudin tu pn separuh..tp kite blh agakla n tulisan die sebijik cm dlm gmbar atas..tp die xde line tepi mcm bro punye..mmg die cut tros btl2.

    BalasPadam
  5. sy da cek..yg syiling sy punye original syiling emas sultan abdul jalil rahman shah..

    "Sultan Abdul Jalil Rahman Shah (1718-1722) alias Raja Kechil. Proclaimed royal Malacca dynasty lineage, With the help of Minangkabau seized the throne of Johore and deposed the reigning Bendahara Sultan Abdul Jalil IV. Expelled to Siak Sumatera in 1722 by the Bugis in Johore"

    bro tau ke hrga pasaran brg ni brape?

    BalasPadam
  6. Brader, coin nie nampak tulen dan sangat baik condisinya. Saya ada 2 keping tapi tak sebaik dalam koleksi anda. Sila ziarah site yang tak seberapa saya.

    BalasPadam
  7. Sultan Alauddin Riayat Syah Johor adalah anakanda Sultan Zahiruddin Bahadur Syah, Raja Monggol India bersemayam di Istana Pagoh Johor.

    BalasPadam
  8. saya pun ada sekeping duit macam ni . Berape ek harga syiling nih ?

    BalasPadam
  9. saya nk tnya rumah EN.Nazri kat perlis kan?

    BalasPadam
  10. Saya ada sepasang dinar emas rasanya sultan alaudin.. kalau ade sesapa yg berminat boleh hubungi saya..

    BalasPadam
  11. Boleh whatsapp saya untuk kita bkongsi2 cerita atau btukar koleksi syiling lama ni.. 0195514379.. nice blog bro nazri..

    BalasPadam
  12. Saudara,boleh tak jika saya salin dan unggah(post) gambar mata wang ini di akaun Twitter saya?

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails