Isnin, 4 April 2011

Sarawak Ten Katis Rubber Coupon 1942


Sarawak rubber coupon tahun 1942 nie merupakan antara koleksi kupon getah yang saya ada dalam simpanan.Masih ada lagi sekeping yang lagi menarik,nanti saya akan masukkan dalam posting. Kupon nie ada dua keping dan running number.Cuma kualitinya agak kurang sikit,leh kasi dalam aVF jer kot. Jika tengok harga kat katalog Steven Tan,harga kupon getah nie tak la mahal sangat pun.Jika kualiti UNC,leh dapat harga bawah RM100..tapi dalam pasaran tahun nie,mana la leh dapat harga yang macam tu.Cuba la tengok kat seller yang jual kupon getah ni,dan bandingkan dengan harga kat katalog.Memang harga katalog akan lebih rendah.Dulu saya pernah tanya sorang seller yang jual kupon getah nie, kupon getah tu bertarikh tahun 1930an.Jika tengok harga kat katalog,harga cuma bawah RM200 sahaja.Memang murah kan.Tapi si seller tu jual RM600 - RM800 rasanya.So saya kasi komen la,naper jual mahal dari harga katalog!! Para pembaca nak tahu apa kata seller tu pada saya???
Katanya " Nko kasi duit RM200 tu pada Steven Tan,suruh dia belikan kupon yang macam tu dengan harga tersebut"...hahahahahaha....so faham faham sendiri lah yer,maksud seller tu. Moralnya,harga kat katalog tu hanya rujukan semata mata..bukannya harga mati...harga ditentukan oleh pasaran dan kesukaran nak dapat notes tersebut.Jangan terlalu bergantung pada harga dalam katalog.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails