Khamis, 26 Mei 2011

Straits Settlements $10 Dolar 1929



Wang yang saya masukkan dalam entry kali nie merupakan salah satu koleksi yang agak sukar diperolehi yang berada dalam simpanan saya. Wang Straits Settlements $10 dolar 1929 yang ditandatangani oleh Luis Shelley. Cuma kualiti notes ini agak kurang memuaskan la.Kalau takde sebarang koyakan atau lubang,tentu saya pun tak mampu nak membeli notes nie. Kualiti notes nie bolehlah dikatakan Very Good. Harga beli tu,biarlah saya rahsiakan..hehehehehe. Waktu nak beli tu,terpaksa berfikir banyak kali juga la..coz harga agak mahal dan budget pun kurang waktu tu..Tapi kalau tak ambik peluang beli waktu tu,tentu saya takkan jumpa lagi dengan tawaran yang menarik seperti tu, Jadi pejam mata,beli je lah...hehehehehehe..Mungkin lepas nie,saya nak cari yang $5 dolar lak. Kalau dapat yang murah murah leh la beli. Notes straits dulu,memang saya suka kerana corak yang di paparkan pada notes tersebut. Ianya memaparkan pemandangan sebuah kampung yang berdekatan dengan sungai. Kat bahagian belakang lak,gambar kereta lembu. Walaupun notes nie di keluarkan oleh penjajah.Namun lukisan pada notes tersebut menggambarkan suasana kat Tanah Malayu pada ketika itu.
Saya terfikir,dengan wang $10 dolar pada zaman tersebut.Tentu banyak yang boleh dibelikan..entah-entah,nilai $10 dolar ini cukup untuk menampung kos sara hidup selama sebulan pada masa itu. Tapi jika RM10 pada masa kini,ianya hanya cukup untuk belanja makan tengahhari jer...huhuhuhuhu..

3 ulasan:

  1. Inilah namanya koleksi taraf muzium nazri! Tahniah. Bila lah saya dapat capai taraf koleksi macam ni. hehe

    BalasPadam
  2. Wang kertas ini memang sukar boleh diperolehi walaupun dalam keadaan begini!
    Cheers and keep it up!

    BalasPadam
  3. thanks mnfaj dan dickson. Cuma membeli apa yang termampu jer.Memang dah lama mengidam nak beli notes yang mcm nie.

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails