Isnin, 11 Julai 2011

Sarawak $5 Dolars 1929


Maaflah kerana dah lama tak update blog ini. Ini semua kerana terlalu sibuk dengan tuhas yang telah dipertanggungjawabkan. Hari ini rasanya boleh rehat skit.Jadi terus la update entry kat blog ini. Duit dari sarawak merupakan salah satu yang menjadi kesukaan saya. Bukan senang nak dapatkan duit dari Sarawak ini. Harga pun menjangkau ribuan ringgit. Duit kat atas ini bernilai $5 dolar dan dikeluarkan pada tahun 1929,cetakan Bradbury Wilkinson & Co. Ltd London. Ada gambar Charles Vyner Brooke. Duit ini boleh dikatakan dalam ketegori Rare la juga. Masih boleh didapati kat dalam ebay malaysia atau US.Tapi anda kena sanggup bayar lebih dari harga RM2000 la..Harga yang saya beli nie..berapa yer,maaflah..dah terlupa la..dah beli beberapa bulan yang lalu. Beberapa tahun lalu,saya penah bids kat ebay Australia duit yang macam nie gak..tapi takde rezeki dan kalah..harga tutup waktu tu,memang murah.Cuma RM800++ jer.Tapi sekarang,agak sukar nak dapat harga bawah RM1000 la..jika tak percaya,leh cari kat ebay malaysia atau US.Yang kualiti VG pun,saya tak pernah jumpa..mungkin ada pernah jumpa..jika dah jumpa yang harga murah tu..apa lagi,beli je lah..jika tak nak,leh jual semula..untung tau jual beli duit nie..hehehehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails