Selasa, 19 Februari 2013

Kupon Getah FMS 5 Pikul




Assalamualaikum dan salam sejahtera..entry kali ini kisahnya tentang kupon getah lagi.Rasanya bulan Februari ini saya akan masukkan entry tentang koleksi kupon getah@rubber coupon yang ada dalam simpanan saya. Kupon ini untuk eksport getah kering sebanyak 5 pikul atau lebih kurang 300 kilogram. Kupon ini bertarikh 31 Disember 1941.Jika kita tengok pada no siri kupon ini,ada lebih dari 76,000 keping kupon ini telah dicetak.tapi yang menghairankan,kenapa terlalu sukar nak jumpa kupon ini kat luar..adalah kupon-kupon ini semua telah musnah ketika perang Dunia Ke 2 ??? entahlah,saya sendiri pun tak dapat memberikan jawapan yang tepat..ini cuma spekulasi jer.Kualiti kupon ini boleh dikatakan EF..masih lagi cantik.Tapi kupon getah yang nilai muka 5 Pikul memang sukar untuk dijumpai pada masa kini.Jika ada pun,harganya agak mahal juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails