Selasa, 14 Januari 2014

Loteri Zaman Penjajahan Jepun


 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog saya ini.Entry numismatik yang pertama umtuk tahun ini saya mulakan dengan tiket loteri Jepun.Yang sebenarnya ada entry yang lebih menarik saya nak masukkan tapi malam ini takde mood la pulak.so terpaksa citer tentang loteri jepun jer kali ini.Loteri jepun ini merupakan siri yang ke 18 dan mempunyai 500,000 keping. Kalau nak tahu lebih lanjut,kena la baca nota kat belakang loteri tersebut. Tahun 2014 ini,semua orang cakap harga barang akan naik dan naik..agak agak,harga duit lama dan loteri lama akan naik juga ker? Kalau naik,yang untung adalah seller yang merana adalah kolektor semut macam saya ini.Kalau beginilah keadaannya,mungkin saya pun akan jadi Seller gak la..Jual apa la patut..yang penting leh dapat untung skit.

 Loteri ini pulak adalah siri ke 12,juga mempunyai 500,000 keping keluaran. Mengikut rekod,bermula pada siri ke 10 dan siri-siri seterusnya,setiap siri akan dicetak sebanyak 500,000 keping!! Siri yang terakhir adalah siri ke 27.Jadi bermakna ada berjuta-juta keping tiket loteri jepun yang dicetak pada ketika itu.Memang banyakkan!! Namun berapa kepingkah yang masih lagi berada di tangan para kolektor?? Senang cakap,bukan senang nak jumpa loteri jepun ini kat pasaran sekarang..sudah tentulah,ianya mempunyai nilai atau harga yang menarik.

Yang ini pula siri ke 16.Pada pendapat saya,mungkin kerana faktor kebencian terhadap kekejaman askar jepun pada ketika itulah yang menyebabkan banyak item atau apa saja yang bersangkut paut dengan Jepun telah dimusnahkan oleh penduduk Tanah Melayu.Tentu para pembaca pernah mendengar cerita dari orang tua-tua,setelah jepun menyerah kalah..wang pokok pisang dibakar oleh penduduk Tanah Melayu.Kerana wang itu tidak lagi bernilai..dan begitu juga dengan tiket loteri ini..ia hanyalah sekeping kertas buruk jer..tak lebih dari itu....Wassalam

5 ulasan:

  1. uhh..... memang menarik loteri Jepun ni jarang dapat tenguk pada kolektor . Bos kalau ada lebih boleh pm saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya ada koleksi duit matawang jepun. klu berminat boleh email ke saya kingespire965@gmail.com

      Padam
    2. saya ada koleksi duit matawang jepun. klu berminat boleh email ke saya kingespire965@gmail.com

      Padam
  2. insyaallah dato sha..jika ada lebih saya akan jual pada Dato..jgn risau.

    BalasPadam
  3. Sy ade sedikit duit syiling lama nak jual. ade yg minat tak.
    Email : koinkuno0202@gmail.com

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails