Khamis, 2 Januari 2014

Jalan-Jalan di Universiti Walailak@Nakhon Si Tammarat, Thailand Part II

 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya. Saya ucapkan selamat tahun baru 2014. Semoga tahun ini hidup kita diberkati Allah s.w.t, awal tahun ni saya nak sambung kembali citer ttg tour kat Thailand.At least para pembaca tak bosan sangat,asyik entry tentang numismatik jer...sekali sekala kena tukar angin gak.
 Yang nie roti dari Thailand,cuba perhatikan pada tarikh luputnya itu tahun 56.Takkan roti ini expired tahun 2056 kot!! kikikiki... rupanya Thailand menggunakan tarikh yang berbeza,bukan kalendar Masihi. Jika tak salah saya la,tahun 2013 adalah bersamaan dengan tahun 2556.Maaflah jika tersalah,terlupa... mungkin para pembaca boleh semak kat google semula..kenapa ada lebihan ratusan tahun itu,saya pun tak pasti..lupa lak nak tanya pada masa tu.

 Ini adalah bilik hotel penginapan saya dan sahabat saya.Apa yang saya nak beritahu adalah kadar sewa bilik hotelnya memang murah,saya diberitahu harga sewaan cuma RM60 semalam!! mana nak dapat harga bilik mcm nie kat Malaysia.Toilet ada bathtub lagi....bilik pun agak luas...memang selesalah..



 Kenapa orang malaysia suka ke Hatyai,inilah salah satu jawapannya...syurga membeli belah untuk kaum wanita.Bangunan 3 tingkat berhawa dingin dengan ratusan kedai menjual pakaian kat dalamnya.Harga memang murah,cuma kena pandai tawar menawar sahaja.Tak perlu risau jika anda tak tahu berbahasa Siam,kerana semua peniaga kat situ agak fasih berbahasa melayu..so memang takde masalah.Ada gak yang boleh berbahasa inggeris..Tapi kalau anda dah tak reti sangat nak berkomunikasi,cuma perlu tawar menawar menggunakan kalkulator jer...hihihihi..kat sebelah luar bangunan ini pun ada hampir ratusan kedai.Kalau bawa orang rumah,memang ambik masa berjam jam la untuk bershopping....
 Ini iklan kat Hatyai,memang unikkan.Iklan macam ini memang takde kat Malaysia..
 Biasanya rakyat Malaysia kalau pergi Hatyai akan menginap kat Lee Gardens ni.Dulu tahun 2012,basement hotel ini pernah berlaku letupan.So bila nak masuk kat dalam shopping complex kat Hatyai,kena lalu scanner dulu. Kalau nak parking kenderaan,kena kasi kad pengenalan terlebih dahulu.Diaorang akan scan dulu IC anda untuk mendapatkan maklumat anda.Cctv memang ada banyak..
 Yang nie gerai kat depan Lee Gardens,memang syok tengok udang galahnya tu.Cuma oleh kerana Hatyai ini tumpuan pelancong dari Malaysia,maka harga pun agak mahal.Udang galah yang besar tu harganya 400 Bath atau RM40 sekor...mahal betuiii..
 Yang nie kat Central Festival,pasaraya yang baru dibuka pada 14 Disember 2013 yang lalu.So anda boleh tengok bilangan motosikal yang para pengunjung parking tu..terfikir gak,mcm mana diaorang nak cari motosikal diaorang yer.

 Yang ini untuk parking kereta dan sebagainya.Parking 9 tingkat tu..Rasanya panjang bangunan ini dua kalil ganda dari QueensBay kat Penang tu..Gambar ini hanyalah 3/4 bangunan shoping complex tu.


 Bagi mereka yang suka ubah suai kenderaan anda.Leh tiru macam kereta ini,memang hebat.Tengok jelah tayarnya tu,sendeng semacam jer..lepas tu leh lowed sampai mencecah lantai kat bawah tu,maybe guna sistem hidraulik kot.
 Yang ini kat dalam Central Festival tu,tertarik dengan keunikan sotong untuk kanak kanak tu..kreatif betui la orang Siam nie.
 Yang ini awek cun tengok dok promote kereta Ford.Waktu tu ada Thailand Motor Festival kat dalam Central Festival tu.Jika tak salah kat Tingkat 6 rasanya..memang cun betui..kalau salesgirl kat malaysia macam nie. Setiap tahun beli kereta baru.



 Dalam part I saya ada bg tau yang harga kereta kat Thailand lebih murah berbanding kat Malaysia.So iniah buktinya.Kalau sekadar cakap tanpa bukti tu,mana syok...bila cakap kena ada bukti,baru la terbaikkk.. Cuma mohon maaf,penerangan kat brosure tu dalam bahasa Thailand..huhuhuhu..

 Inilah kereta Nissan Juke,brosurenya kat atas tu.Harga lak mampu dimiliki,harga hampir RM80,000 memang berbaloi jika dapat memilikinya..

1 ulasan:

  1. di jual kalkulator antik digital pertama SANYO model:ICC 82D tahun 1970

    https://www.bukalapak.com/p/elektronik/lain-lain-208/3qwsnz-jual-kalkulator-tua-antik?source=navbar&from=omnisearch&search_source=omnisearch_history

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails