Khamis, 22 Oktober 2009

Island Of Sumatera One Keping



Coin ini dalam kategori Singapore Merchant Token,ianya bertarikh 1804 dari siri Island Of Sumatera. Keadaan coin nie agak terhakis.Nilai coin ini satu keping. Coin nie tak la rare sangat walaupun dah berusia ratusan tahun,dan harga coin ini pun tak la mahal sangat.

Khamis, 15 Oktober 2009

The XV Sea Games 1989


Coin peringatan nie dikeluarkan pada tahun 1989 sempena sukan SEA di Kuala Lumpur. Mintage sebanyak 500,000 keping jer. Kualiti UNC.

Pitis Kelantan




Duit syiling pitis nie digunakan di negeri Kelantan pada zaman Cik Siti Wan Kembang..kalau tak salah aku la...yang sebenarnya aku pun tak banyak info sangat tentang coin nie..yang tahu ia diperbuat dari timah. Tapi awas,ader gak coin nie yang palsu. So berhati hati kalau nak beli coin nie. Coin nie, saya beli dari sifu saya, memang ori la.

Rabu, 14 Oktober 2009

British North Borneo One Cent



Coin BNB nie dikeluarkan pada tahun 1891 sebanyak 3,000,000 keping. Harga coin nie pun tak ler mahal sangat, dalam Rm20 jer sekeping dan mudah didapati.

King Edward VII 1 Cent



Coin nie boleh dikatakan dalam kualiti F jer..ia dikeluarkan pada tahun 1907 ( 5,015,044 keping), jadi coin nie bukan dalam kategori rare.

Isnin, 14 September 2009

RM1 & RM5 Radar Number

Notes nie merupakan notes yang mempunyai no siri yang cantik..yang nie dalam kategori radar number. Tak susah sangat nak dapatkan notes nie..kedua dua notes nie,saya dapat ketika dok tukar duit semasa beli barang. Notes RM 1 tu,kualiti UNC. Manakala notes RM5 tu dalam F jer,coz ader kesan lipatan.

$1 2nd Series Error Cutting

Wang ini merupakan siri yang Kedua, dan terdapat error cutting padanya. Kualiti notes nie dalam VF..so la nie nak cari error cutting untuk siri ke 3 lak..leh lengkapkan koleksi.Notes macam nie agak sukar gak nak dapat..so kalau anda terjumpa notes nie,beli je lah sebelum orang lain yang beli..

Rabu, 9 September 2009

Indonesia Banknotes

Notes Indonesia nie,adalah pemberian sorang seller kat saya..saya pun tak tau apakah keistimewaan notes nie...lagipun katalog untuk duit Indon,memang takde. Kualiti notes nie UNC kecuali yang seribu rupiah tu dalam VF. Notes nie kalau tukar dalam RM,entah berapa sen yang akan saya dapat huhuhuhu...

Rabu, 2 September 2009

Sarawak One Cent 1892




Coin Sarawak nie ader lubang kat tengah..tak tahu kenapa diorang buat lubang kat tengah2 coin nie..maybe senang nak ikat jadi tali pinggang kot. Ia dikeluarkan pada tahun 1892,sebanyak 1,088,889 keping jer. Harga coin nie tak la mahal sangat.Ia diperbuat dari tembaga.

Sarawak 50 Cents 1927



Kali nie,saya nak citer pasai coin la pulak. Coin Sarawak tahun 1927 nie dikeluarkan sebanyak 200,000 keping jer. Mint mark "H" kat bawah simpulan tali tu bermaksud Ralph Heaton & Sons, Birmingham, England. Coin nie sukar nak dapat,tak berapa rare sangat. Yang rare ialah untuk tahun keluaran 1900 atau 1906..kalau tahun tersebut,sekeping melebihi RM 500...

Related Posts with Thumbnails