Selasa, 6 Julai 2010

Suria Apartment @ Bukit Merah Laketown Resort

Salam semua..kali nie nak tukar citer skit,ye lah dok asyik citer pasai duit lama dan syiling jer..so kali nie nak entry kisah selingan skit. Cuti sekolah yang lalu,kami sekeluarga pergi bercuti ke Bukit Merah Laketown Resort. Tentu ada diantara pembaca yang pernah pergi kan. Kalau ikutkan tu malas nak pergi bercuti,keje kat ofis berlambak.Tapi bila terkenangkan pujukan isteri supaya bawa anak anak pergi bercuti..so aku terpaksa akur la...hehehehehe...bukan takut bini tau!! tapi kesian kat anak anak,last pergi bercuti kat Pulau Langkawi bulan 4 tahun lepas. Dah lama tu. So gambar kat atas gambar family saya la..ada 3 org anak,yang sulong lelaki dan ke 2 dan ke 3, perempuan. Kat sana kami sewa kat Suria Apartment, harga sewa ok la juga..ambik bilik besar.Harga untuk 2 malam dalam RM540 kot. Suria apartment nie,kalau lalu kat highway tu dah leh nampak..memang kat sebelah highway.Kat belakang R&R Bukit Semanggol.
Tengah melayan anak anak mandi manda.

Anak yang kecik sekali baru 3 bulan lebih.Kami dalam waterpark ini,aku sewa Cabana atau mcm wakaf la.Harga agak mahal skit la,minimum sewa 3 jam.1 jam diaorang charge RM20..so min RM60 la,tapi aku sewa dalam 4 jam.Tapi kena letak deposit dulu RM100. walaupun mahal,memang berbaloi kalau nak selesa.memang privacy,ada kipas,loker berkunci,kerusi.So memang selesa untuk mereka yang bawa family,biarlah abis duit skit,janji family happy. Sebelum nie aku asyik do abiskan duit untuk beli coin dan duit kertas lama jer,so kali nie kena le perabiskan untuk family lak..hehehehehhe


Tengok anak aku mandi sambil mencuci mata..awek ramai la..hehehehehhe..kalau nak best lagi leh naik skychair kot,,dah lupa la namanya.Korang leh nampak la,orang yang naik kerusi kabel warna hijau tu..leh tgk pemandangan dari atas.



Anak aku yang sulong,tengah buat aksi otromen la tu..


Anak aku yang no 2.




Kolam renang kat Suria Apartment. kat sebelah kiri adalah R&R Bukit Semanggol.So kalau nak makan sedap leh la pi makan kat situ. Ada jalan belakang,tak jauh pun tak sampai 5 minit naik kereta. Bukan apa kalau katR&R banyak skit pilihan makanan,aku lak suka makan ikan patin masak tempoyak..memang sedap betui,kalau mertua lalu belakang memang tak sedar la. Tapi kalau nak sedap lagi,kena ke R&R Sungai Perak..kat sana lagi sedap..hehehehehehe..




Kolam mandi kat Suria Apartment nie memang besar. Sesuai la kalau nak menginap kat sini.Tambahan pulak anak aku suka mandi kolam.


anak kedua aku ngan aksinya.Mandi kolam sampai biru mulut..sejuk..dah la mandi waktu pagi,lepas sarapan.

Ni gambar pemandangan dari atas apartment tu.Aku dok kat tingkat lapan..so leh la menikmati pemandangan kat tasik merah. Tapi kalau nak lawat semua kat Bukit Merah nie,kena dok lama skit la.Coz pulau Orang Utan aku tak sempat pegi,anak aku mandi kolam lama sangat. So maybe lepas nie leh pegi sana lagi kot..memang sesuia untuk percutian keluarga,cuma harga makana kat dalam Water park tu memang mahal la..biasalah tempat tumpuan orang ramai.









6 ulasan:

  1. thanks guyz..hang pun bahagia gak kan...ngan amoi amoi temasik...hehehehehe

    BalasPadam
  2. jelousnye...aku pun lama dah tak bercuti..sibuk sgt dgn business yg baru nak mula ni, terpaksa korbankn cuti dulu...kesian anak2 aku !

    BalasPadam
  3. ruginya anda tak jalan2 kwsn sekitar.....ada byk untuk dilawati.....santuary burung migrasi kt kuala gula....kelip2 kg.dew....ban pecahhh..boleh jugak pekena bihun sup din hong kong, kari sembilang ban pecah.....

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails