Isnin, 13 September 2010

British North Borneo 25 Sen 1925 Very Rare.

Apa apa pun,saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua sahabat yang sehobi dan juga semua pembaca blog saya nie. Maaflah jika agak terlewat nak ucap sebab agak sibuk dengan urusan harian. Dan saya memohon maaf jika ada terkasar bahasa atau tersilap tingkah laku sepanjang menulis blog nie.

Hari ini agak lewat gak saya update blog saya nie..selalunya saya akan update pada setiap hari Isnin sebelum pukul 12.00 tghhari.Tapi hari ini,ada hal yang tak dapat dielakkan.Jadi terpaksa lah update tengah malam nie..lagi setengah jam,dah nak masuk hari selasa.

Wang yang saya update kali ini,rasanya tak ramai yang memilikinya. Saya pun bertahun juga mencari wang ini.Akhirnya dah rezeki saya,dapat juga wang dari seorang seller dari Sabah. Harga pun boleh tahan gak la,RM450.Kualiti wang nie boleh saya katakan Fine. Jika ikut katalog Steven Tan,harga untuk Fine adalah RM800 (edisi 18). Cuba para pembaca yang mempunyai edisi pertama Katalog Steven Tan belek harga untuk tahun yang sama..rasanya kat katalog yang Edisi Pertama tu,rasanya harga lebih kurang dalam RM300 kot...memang menghairankan..harga untuk wang British North Borneo nie..memang tak banyak berubah dari tahun ke tahun..dan dalam katalog,kualiti yang diberikan adalah bermula dengan Very Good.Cuba anda perhatikan ada setengah wang yang kualitinya dimulakan dengan VF atau EF!!.
Adakah anda semua perasan tentang hal ini?? Cuma wang yang begitu RARE sahaja yang bermula kualitinya dengan Very GOOD!! Tapi ini hanyalah permerhatian saya sahaja..jika tersilap,harap dimaafkan. Yang sebenarnya wang British North Borneo ini..memang agak sukar untuk diperolehi,jika ada lubang atau koyakan,itu tak jadi masalah. Wang ini DICOP dengan tarikh 9 December 1925. Jika para pembaca lihat pada katalog Steven Tan, tahun 1921 dan 1925 adalah "with printed date & signature". Tapi wang saya ada pada saya nie..DICOP tarikhnya..dengan kata lain,ianya tidak disenaraikan dalam katalog Steven Tan. Yang sebenarnya ianya di keluarkan pada tahun 1920,tapi pada tahun 1925 baru lah wang ini dikeluarkan dari simpanan dan di cop tarikh 1925. Pada bahagian belakang wang ini,tiada apa apa cetakan..hanya kosong.

6 ulasan:

  1. Wah hebat koleksi north borneo ni..saya satu keping pun takda. Hmm cuba2 tanya otai2 yg lain apa sebab di'cop' pula tarikhnya tu..maybe freak kaya kau..hehe

    BalasPadam
  2. nazri,selama pemerhatian aku lah...background gambar utk note hang sama macam background puteri yg kat mudah tu,tolong jelaskan...makin blur aku jadinya,hahaha.

    BalasPadam
  3. Mr Danny,aku dah tanya kat otai..diaorang cakap yg wang ini dikeluarkan untuk thn 1920..tapi thn 25,baru dikeluarkan dari simpanan bank..notes BNB nie mmg byk varieti,tu yg tak semua katalog ada data.
    Guyz: si putri tu mmg gunakan gambar aku untuk nak jual wang dia..aku dah bg kebenaran kat dia..setengah wang yg dia guna gmbr tu,mmg notes tu aku dapat dari dia..jgn risau,si Putri tu boleh dipercayai..

    BalasPadam
  4. aku ade la...tp condition x bape cun ....klu nk aku tolak je...0126712381.

    BalasPadam
  5. semua tahun 1967 punye display 50sen ye.. saye hanye ade 50sen tahun 1968 (SE).. mesti taa de harge kan.. saye simpan jela smpai 20thn akan dtg..

    BalasPadam
  6. Saya ada duit syling north borneo..half sen tahun 1907 dan state of north borneo 5sen 1903..yg berminat.0174168527

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails