Isnin, 31 Januari 2011

Duit Emas Sultan Ala'uddin Riayat Shah I 1527/28 - 1564 ( 1/2 Mas)


Ini merupakan duit emas yang kedua ada dalam simpanan saya. Cuma duit emas ini tiada dalam katalog (unlisted). Namun bentuk dan coraknya sama dengan coin emas yang telah saya terbitkan pada minggu lepas. Pada muka hadapan tercacat tulisan jawi " Sultan Ala'uddin". Manakala pada bahagian belakang pula tercatat tulisan jawi " Khalifatul Muminin". Berat coin ini 1.3031 grammes atau dua kupang atau setengah mas (mace). Bentuknya octagonal dan diperbuat dari emas. Namun saya belum dapat pastikan ketulenan coin emas ini lagi. Kena bertemu dengan kolektor yang banyak ilmu tentang coin emas. Memang pelik juga,kena boleh wujud coin setengah mas ini. Jika nak buat duit emas palsu,adalah lebih baik palsukan yang sedia ada seperti satu kupang atau satu mas.Hairan gak yer..Tapi saya pun tak pasti apakan yang telah berlaku pada 500 tahun yang lalu..mungkin Sultan Ala'uddin pada ketika itu memerintah tukang emas untuk tempa coin bernilai setengah emas..tapi ianya tidak diedarkan pada umum..itu hanyalah anggapan saya jer.Bukan fakta sejarah. Jadi jika ada para kolektor yang mempunyai pengetahuan tentang coin emas ini,bolehlah berkongsi dengan saya. Coin emas ini saya perolehi dari sorang kolektor dari Terengganu. Coin emas ini adalah peninggalan arwah ayahnya,juga seorang kolektor otai kat sana.

6 ulasan:

  1. Syabas Bro!, jika berpuluh-puluh tahun dalam simpanan otai alangkah bertuahnya bro jika ketulenannya terbukti, dan kebiasaanya tulen, jika sebaliknya pun sekurangnya tetap ada cerita yang menjadi pertanyaan, asal emas!. Rasanya masih banyak lagi diperut bumi dan tidak terungkai maka tidak tersenarai dimana-mana. Teruskan Usaha!.

    BalasPadam
  2. thank iaryylr.aku pun harap ianya ori.lagipun seller nie penah tunjuk coin emas nie kat sorang kolektor chinese otai kat tganu.katanya coin ini ori,dia dah check coin nie.kolektor tu pujuk si seller nie jualkan coin nie padanya.harga yg ditawarkan RM4000.tapi si seller nie dah janji nak jual kat aku.Jika ianya palsu,memang menimbulkan banyak tanda tanya.tapi aku akan cari gak kebenaran akan kewujudan coin ini..cuma mungkin ianya mengambil masa yg lama jer.

    BalasPadam
  3. aku ade seketul brg ni

    BalasPadam
  4. Brader, berapa ukuran diameter coin nie? Saya ada kawan expert dalam duit sultan melayu. Saya boleh tanyakan. So minta permision untuk tunjukkan gambar coin nie.

    BalasPadam
  5. siapa ada nak jual syiling mas kupang?

    BalasPadam
  6. tuan saya ada syiling lama tulisan jawi satu kupang tahun 1238 tanah melayu ...agak - agak berapa nilainyer tuan?

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails