Isnin, 7 Februari 2011

Duit Oh Duit

Entri kali nie,agak berbeza sikit..bukan apa,nak berkongsi pengalaman sendiri berkenaan kisah duit. Siapa yang tak nak duit?? Semua orang nak kan duit,orang gila pun nak duit gak kan...saya masih lagi teringat kata kata sorang ustaz,kalau kita tanya orang yang nak mati,sama ada dia nak duit atau tak?? tentu dia akan angguk kepala nakkan duit..hehehehehe..agak sinis gak la pernyataan itu. Tapi memang dah lumrah manusia,duit itu seolah olah adalah segalanya. Jika ada duit,dunia ini ana yang punya. Kalau takde duit,kita akan di pandang hina,kalau ada duit,orang akan pandang mulia. Memang tak dinafikan duit pada ketika ini adalah segala galanya,pada sesetengah orang. Disebabkan duit jugalah,kita sanggup menipu,tikam belakang sahabat,merompak,meragut dan bermacam macam lagi. Disebabkan duit juga lah,adik beradik atau sedara mara leh bergaduh dan bercerai berai kerana duit. Tengok sajalah waktu pembahagian harta pusaka..tak perlu lah saya bercerita panjang.Tentu para pembaca pun ada pengalaman tentang hal yang sedemikian. Arwah datuk saya pernah berkata "adik beradik ni,tubuh badan jer..duit kupang bukan". Fikir..fikirkan lah sendiri.
Ini pengalaman saya sendiri la,saya ini memang jenis yang suka percaya pada orang. Ye lah,bila kita dah lantik seseorang untuk urus kan kes..so kita harap dia akan lakukan yang terbaik la. Tapi tak sangka lak,dia boleh khianat amanah yang diberikan. Seorang peguam Islam,boleh berlaku khianati amanah yang telah di amanahkan padanya. Sukar gak saya nak percaya,tapi apa kan daya.Ianya berlaku pada diri sendiri. Setelah belasan ribu ringgit di bayar padanya,dia berlaku khianat. Apa nak buat,mungkin dah takdir saya. Salah diri sendiri sama agaknya,,terlalu percayakan dia. So bila saya buat semakan di Mahkamah,rupanya kes itu dah digugurkan..memang terkejut giler..last sekali saya kena selesaikan kes kat luar mahkamah..so leburlah RM140,000...banyak tu,leh buat modal untuk kawin yang kedua,ketiga dan keempat...huhuhuhuhuhu..Memang kena rugi la sikit coz nak bangunankan tanah tu.Dah hampir 5 tahun projek tertangguh. Tapi bila fikir semula la kan..kadang kala kita ini hanya fikirkan masyuk jer..tak fikir adakah kita layak untuk makan duit itu ke tidak. Alkisahnya,arwah ayah saya ada tanah..tapi tanah tu ada orang yang mendiaminya. Dah la duduk free,sekupang pun tak bayar sewa tanah.Tanah memang luas,hampir 1.4 hektar. Kawasan memang strategik la,di kawasan pinggir bandar. Orang tu duduk free selama hampir 20 tahun,bila kita nak minta dia berpindah.Nak minta pampasan sampai RM300k....fuh,manyak giler punya orang.Orang macam nie pun leh ada kat dunia nie....hahahahahahaha..
Tapi setelah aku fikir semula,nasib baik ada mak yang memahami..so aku pun ikut nasihat mak la..so nak bagi settle gak la.So kena la bayar duit kat si polan tu.Namun aku nak tengok gak la,tahap mana dia akan senang hidup kat dunia nie coz dia ambik sesuatu yang bukan hak dia. Memang bongkak betui si polan tu, sewa tanah tu pun dia tak minta halal..dan memang aku takkan halalkan dunia akhirat...hahahahaha..aku pun bukannya baik sangat..muhahahahaahaha. Nko ambiklah duit tu,jangan lupa akan pembalasan Allah..kadang kat dunia nie,Dia dah kasi pembalasan.
Pasal lawyer yang khianat tu,baru baru nie aku dapat tau yang lesennya guamannya telah ditarik oleh majlis perguam. Semua keraninya dan pun lari keje kat tempat lain. Itulah balasan,jika kita anianya orang lain. Mungkin bukan aku sorang jer yang terkena ngan dia,mungkin ada lagi kot..aku pun tak pasti.Malas nak fikir la..nasib nko la lawyer yang khianat!!

Cuma sedikit nasihat pada sahabat sahabat dan para pembaca. Semua orang nakkan duit,tapi pastikan cara kita dapat tu cara yang halal..coz kita akan mati.So takutlah pada pembalasan Allah kat akhirat nanti. Saya percaya,anda semua pernah tengok apa balasan jika kita mendapat harta atau duit dengan cara yang tak halal..Kat dunia nie,Allah dan tunjukkan pembalasan.Fikir..fikirkan lah yer..
Maaflah,kali nie saje jer nak luahkan perasaan yang terbuku kat hati ni..kalau disimpan lama lama..nanti bernanah kat dalam hati,.Wassalam.

8 ulasan:

  1. Kisah Yang Menarik, terima kasih kerana sudi berkongsi....

    BalasPadam
  2. sabar je lah...
    doa n ikut nasihat parent.
    ada hikmahnyer...

    BalasPadam
  3. thanks iaryylr dan sabri.Sekadar ingin berkongsi kisah peribadi agar leh dijadikan teladan pada sahabat yang lain.

    BalasPadam
  4. komen nko takde ker guyz...mesti ada masalah waktu nko post tu.tak per..nko komen la lagi sekali..

    BalasPadam
  5. Duit takleh dibawa mati tp boleh buat amal jariah....atau boleh gak jadi bahan tambah utk bahan bakar kat akhirat nanti.. sabar bro. ada hikmah yg masih tak nampak lg tu!

    BalasPadam
  6. betul tu fazil..duit byk pun,silap hari bulan leh jadi bahan bakar kat neraka nanti.setiap kejadian yang berlaku tu ada hikmahnya,jadi sabar je lah.lama tak dengar habaq dari hang? apa habaq la nie?

    BalasPadam
  7. Salam En. Nazri.
    Cerita yang sedih buat pihak anda dan rasanya sesuatu yang sukar untuk dikongsikan dengan orang lain. Memang ramai manusia yang suka menangguk di air keruh ni, salah dia duduk kat tanah orang tapi bila disuruh pindah nak kena bayar pulak.

    Yang kes peguam tu, ada baiknya diletakkan namanya di dalam ni, supaya orang lain tidak menjadi mangsa.

    Semoga sabar dengan ujian tuhan, satu hari nanti, akan dapat balik duit yang hilang tu.
    Amin....

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails