Selasa, 26 Mac 2013

Duit Malaya & British Borneo $100 Dollars 1953





Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya nie.Terima kasih kerana sokongan anda semua dan kesudian anda untuk membaca blog saya yang tak seberapa ini.Lagipun saya ini tak pandai sangat nak susun kata kata atau bait bait indah kat blog saya nie..semuanya straight to the point!! Biasalah tu,"engineers memang tak romantik"..itulah kata kata yang pernah diucapkan oleh seorang pensyarah saya sewaktu belajar kat UTM Skudai dulu..dan saya akui yang saya ini memang tak romantik..hehehehehehe..

So rasanya tak perlulah saya melalut lagi..Entry kali ini merupakan entry yang agak menarik kerana keistimewaan duit atau notes yang saya upload kat atas tu. $100 Dollar Malaya And British Borneo ini merupakan salah satu notes yang berada dalam wish list saya yang teratas. Memang sukar nak dapatkan notes ini kerana harganya yang agak mahal dan jumlah keping yang dikeluarkan pada masa tersebut. Memang dah lama saya idamkan duit ini..sebelum ini hanya mampu tengok je lah kat laman ebay atau kat FB.Memang tak mampu nak beli..harganya memang keras!!..notes yang saya ada ini,boleh dikatakan gFine jer.Sayang skit kerana ada kesan contengan pen.Jika tak salah saya la,notes ini memang terhad.Kebanyakkan notes ini bermula dengan prefix A/1.Hanya kolektor jer yang tahu betapa bernilainya notes ini.Yang sebenarnya ada kisah disebalik notes $100 dollars nie..disebabkan keinginan yang mendalam untuk memiliki notes nie,saya pernah ditipu oleh seorang kolektor dari xxxxx. Tapi sebagai seorang kolektor yang membeli notes secara tanpa bersua muka.Inilah cabaran dan risiko yang perlu saya hadapi. Berapa banyak yang saya rugi tu,biarlah menjadi rahsia.Seller ini saya kenal dari mudah.my sebelum saya ditipu.Saya telah pun berurus niaga dengannya sebanyak dua kali..memang takde apa apa masalah pun. Saya pun puas hati.Tapi bila tiba ke urusniaga yang ke tiga,di situlah masalahnya terjadi.Pembayaran dah dibuat.Tapi barang tak diterima..bila saya minta treking no pos laju..dia cakap yang dia pos guna pos biasa jer..Hairan bin ajaib gak..naper dia guna pos biasa jer..sebelum ini memang guna pos laju..tetiba jer pos guna pos biasa jer..so alasannya,pejabat pos kehabisan borang pos laju!!..memang tak boleh terima langsung alasan tu..menang tak munasabah..kalau kehabisan borang pos laju,guna la pos daftar..takkan borang abis gak kot..dan dipendekkan cerita,memang saya tak notes itu..dan si seller tu tak nak bertanggungjawab kerana katanya dia dah pos notes tersebut.Malas lah nak berbalah ngan seller tu...harap nanti dia kena langgar ngan lori trelerlah..kekekekekekeke..
Tapi itulah asam garam seorang kolektor...memang kena berhati hati..tapi kadang kadang tu,terkena gak..nasib badan,nak buat macam mana..huhuhuhuhu...

4 ulasan:

  1. Assalammualaikum.. Tuan Blog
    & salam 1 Numismatik..

    pemburuan yg berjaya, Tahniah..

    sedih juga dengar luahan perasaan TnNazri ni,
    betul kata TnNazri nasib tidak selalu menyebelahi kita si kolektor tegar, saya juga tidak telepas dari pada masaalah sebegini, moga sipelaku sebegini mendapat balasan yg setimpalnya.. tak nanti diAkhirat saja kadang kadang di Dunia ni pun Depa dah dapat balasannya. Amin..

    @$me68PG.

    BalasPadam
  2. Tahniah... Datukkk Nazzery.... Pemburuan mesti diteruskannn...jgn cepat patah semangat... Patikk pun pernah diTIPU begitu....Yg pasti MEREKA2 INI TAKKAN TERLEPAS DIAKHIRAT NANTI...

    BalasPadam
  3. Terima kasih sme68PG dan tanpa nama....yang pasti memang tak leh patah semangat.Pemburuan mesti diteruskan cuma kena berhati hati la skit..Memang adat la kena tipu tak nak buat mcm mana..Biarlah Allah je lah yang menghukum mereka..kita ini makhluk jer,tak mampu nak buat apa...cuma sakit hati jer..tapi kalau difikirkan sangat.buat stress jer...so biarlah je lah..yang penting kita happy..

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum tuan. Kalau tuan nak jual duit tu, sila call nombor 01155025414.. terima kasih.

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails