Sabtu, 27 April 2013

Coagulant FMS 1 Unit


Assalamualaikum dan salam sejahtera.Kali ini saya nak cerita tentang coagulant unit lak..atau pun kupon yang digunakan untuk membeli cuka getah atau asid formik.Coagulant Federated Malay States ini boleh dikatakan mudah lagi didapati pada sama kini.Namun untuk nak dapatkan yang complete 3 keping agak sukar juga.Tapi kat ebay malaysia,masih ada seller yang menjual Coa FMS 2 unit 3 keping.Harga pun agak berpatutan.Sebelum ini coagulant ini,kurang  mendapat sambutan dikalangan para pengumpul.Tapi sejak akhir akhir ini,ramai pulak yang berminat nak kumpul.Cuma bilangan yang berminat itu,masih lagi kurang berbanding dengan kolektor yang pengumpul duit lama ni.Sebelum ini ada coagulant Straits Settlements Mainland yang dijual kat satu auction di Singapura.Harga tutup bids pun agak tinggi juga.Jika dicampur dengan cukai 15%,maka bertambah mahal lagi la..huhuhuhuhu..Dalam auction MNS yang lepas pun ada gak coagulant ini,namun harga buka terlalu tinggi.jadi takde buyer yang berani bids.Mungkin diaorang nak test market kot..entahlah...hehehehehehe...Jika diimbas kembali sewaktu saya mula membeli kupon coagulant ini.Pada masa itu,harganya masih lagi murah..sekeping harganya di bawah RM50.Dan tak ramai lak seller yang menjual coagulant ini.Kalau kita tengok harga kat katalog Steven Tan,harga coagulant ini memang murah.Tapi sejak akhir akhir ini,harga semakin naik.Jadi mungkin beberapa tahun lagi,coagulant ini akan menjadi rebutan ramai pengumpul dan tentu harganya makin naik kerana bilangan yang agak kurang kat pasaran.Jadi apa salahnya,jika kita membeli kupon coagulant ini sementara harganya masih lagi mampu dimiliki..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails