Ahad, 7 April 2013

Sarawak $10 Dollars 1937





Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya ini.Meneruskan koleksi duit Sarawak yang ada dalam koleksi saya.Jadi pada malam nie,saya tampilkan notes Sarawak $10 Dollar 1937.Notes ini ada beberapa tahun yang berlainan,kalau nak tau lebih lanjut kena la buka katalog K.N Boon atau Steven Tan. Bila terdapat tahun keluaran yang berbeza,maka harga pasaran notes tersebut pun berbeza la.Tahun 1937 ini,merupakan tahun yang biasa.Notes ini anda boleh jumpa kat ebay atau mudah.Cuma harga jer yang kurang berkenan,walaupun tahunnya tak rare.Namun harganya memang boleh buat poket bocor..hehehehehe..Notes dalam koleksi saya nie,kualitinya agak kurang sikit.Boleh kasi Fine jer.Ada kesan lubang dan karat padanya.Harga yang saya dapat pun agak berpatutan,sesuailah dengan keadaan notes tersebut.Notes ini saya dapat dari sorang member FB kat Penang,taukeh money changer.
Saya pun dah lama dok cari notes Sarawak 10 Dollar ini,kerana saya tertarik pada warna merahnya yang agak garang..memang cantik...motif pada duitnya pun melambangkan budaya yang ada kat Sarawak.Memang cantik engrave pada notes itu.Pereka notes pada zaman dahulu memang kreatif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails