Khamis, 18 April 2013

Kupon Singer Zaman Jepun



Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua. Kali ini entry agak biasa jer. Hanya sekeping kupon bayaran Singer yang dikeluarkan sewaktu zaman Jepun kat Malaya.Sebelum ini,saya dah pun masukkan entry tentang kupon Singer,tapi yang dikeluarkan sebelum zaman Jepun.Dan kali ini kupon yang dikeluarkan pada zaman Jepun lak.Kuponnya agak ringkas.Cuma ada cop Jepun kat sebelah kiri kupon tersebut.Saya sendiri pun tak pasti apa maksud cop tersebut.Disebabkan ianya dikeluarkan pada zaman penjajahan Jepun maka tarikh kupon ini menggunakan tarikh Jepun.Kupon ini bertarikh 6.10.2602. Itulah kelainan yang ada pada kupon ini,tanpa cop Jepun dan Tarikh Jepun.Kupon ini tiada sebarang keistimewaan pun. Namun kupon ini agak sukar juga nak dijumpai pada ketika ini.Tambahan pula kupon ini sudah pun berusia lebih dari 70 tahun!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails