Isnin, 21 Oktober 2013

1917 Emergency Ten Cents With "No".



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog saya. Untuk entry kali ini saya sajikan notes dari emergency issues yang dikeluarkan dari tahun 1917 hingga 1920. Mengikut catatan yang saya rujuk,notes 10 sen  ini telah dikeluarkan paling kurang 30 kali cetakan,dari tarikh 1/10/1917 hingga 10/6/1920.
Sekali imbas memang tiada apa yang istimewanya notes yang saya paparkan ini.Lagipun notes seperti ini agak mudah diperolehi kat pasaran sekarang. Tapi cuba anda lihat betui betui sebelum no sirinya!! Selepas prefix N/1 terdapat abjad "NO"!!! Inilah yang memberikan keistimewaan pada notes ini. Jika anda mempunyai buku " The Frank Goon Collection", anda boleh rujuk pada muka surat 117. Terdapat notes yang sama kat buku tersebut. Notes 10 sen dengan "NO" sebelum no siri hanya terdapat pada isu keluaran tahun 1917 sahaja. Dan notes ini bertarikh 1/10/1917. Jika anda seorang kolektor,sila lah belek notes anda yang ada,mana tau notes seperti ini terdapat dalam koleksi anda.
Namun apa yang menariknya dalam katalog Steven Tan mahupun KN Boon memang tidak dinyatakan variety notes 10 cents emergency issues seperti ini.Adakah mereka tidak menjumpai variety yang seperti ini??.entahlah saya pun tak pasti..apa yang saya pasti cuma ada 3 keluaran untuk tahun 1917.Iaitu pada bulan oktober,november dan disember.Koleksi yang ada pada saya ini merupakan keluaran siri yang Pertama. Notes ini saya perolehi dari seller dari Temasik.Harga beli boleh tahan la juga,ini kerana tukaran nilai matawang Malaysia yang lebih rendah.

3 ulasan:

  1. Tahniah...Datuk....Very rare item ni..

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Salam..saya ada duit mcm ni tapi 5 cent...kat mana saya bleh jual? 0122545105...min

      Padam

Related Posts with Thumbnails