Rabu, 11 Disember 2013

Loteri Jepun 6 Keping Bersaudara..



 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya ini.Kali ini saya menyajikan kepada anda semua loteri ketika zaman Penjajahan Jepun. Sesyu Saiken siri ke 5.Yang dikeluarkan di negeri Selangor.Terdapat cetakan " Selangor Syu Seityo" yang saya sendiri pun tak tahu maksudnya.Mungkin kena semak kat google translater...hihihi..Loteri ini bernilai $2 setiap keping dan hadiah kemenangan anda boleh lihat kat bahagian belakang loteri tersebut.Kadang-kadang saya terfikir juga,adakah sejarah loteri di Tanah Melayu ini bermula ketika zaman penaklukan Tentera Jepun.Saya belum lagi menemui fakta yang sahih tentang itu,mungkin kena cari maklumat tentang hal ini.
Jika anda bertanya berapakah harga sekeping loteri ini sekarang?? agak sukar gak saya nak jawab,tapi harga loteri ini semakin mencanak canak naik di pasaran.Memang tak sangka harganya sedemikian rupa..huhuhu...mungkin kerana ianya semakin sukar diperolehi dan semakin ramai yang berminat nak simpan loteri ini.Jika beberapa tahun yang lalu,loteri ini hanya boleh diperolehi dengan harga antara RM10-RM20 sekeping...tapi pada waktu tu,takde lak kolektor yang minat nak simpan loteri tersebut..dan akhirnya dengar perkhabaran yang puluhan atau mungkin ratusan keping loteri ini telah pun dibawa ke Temasik..Dan mungkin menunggu masa untuk dikeluarkan kat pasaran..entalah,ini hanya andaian saya jer..mungkin terjadi dan mungkin tak terjadi..jadi,kita tunggu je lah nanti...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails