Selasa, 2 April 2013

Sarawak 10 Cents 1919




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya nie.Kali ini saya sajikan kepada anda semua notes yang agak sukar untuk diperolehi dari negeri Sarawak.Nilai notes ini cuma 1 sen sahaja,dikeluarkan pada tahun 1919..lebih kurang 94 tahun yang lalu.Notes ini telah pun dihantar gradding kat PMG atau istilahnya "Slabbing"...kalau tak salah saya la..kalau salah tu,harap dimaafkan.Saya ini budak baru blajar.Jika sesuatu duit itu telah pun di hantar gradding kat mana mana badan yang diiktiraf oleh ahli numismatik satu dunia.Tak payah la dipertikainya kualiti notes tersebut.So pendek kata,akur je lah.Nak hantar gradding pun bukannya murah..ratus gak la nak kena abiskan.Duit itu kena hantar kat Singapore dulu,kat Mavin.Selepas tu,baru la nak antar kat PMG.Kos pos,kos insuran..masa lak lama,jika tak salah saya la..hampir 2 atau 3 bulan.Tapi bila notes tu dah digraddingkan..memang senang la nak jual.Coz dah takde masalah disegi kualiti graddingnya lagi.
Notes ini saya beli dari sorang seller dari Sarawak.Harganya pun agak menarik.Lagipun dah lama saya dok idam nak dapatkan sekeping notes ini.Maka beberapa bulan yang lepas,hasrat saya tercapai..syukur!! memang puas hati.Hanya kualiti notes yang mcm nie jer mampu saya beli.Notes ini ada dua variety,satu lagi 25 cents...tapi mampu tengok gambar je lah..harganya macam hantaran  nak kawin lagi sorang..hehehehehehe..memang tak mampu,kalau mampu pun..lebih baik tambah  bini lagi sorang..lagi syiok....kekekekekeke

2 ulasan:

  1. Salam Dr Nazri
    Satu koleksi yang masih cantik untuk Matawang Sarawak dan wang ini telah digred oleh PMG satu koleksi yang baik ..... kalau boleh kita buru pulak wang 25sen ....

    BalasPadam
  2. Salam Dato..

    saya nie takde title Dr pun la...kuli jer..memang hajat dihati nak buru sarawak 25 sen,tapi sampai sekarang nie..memang tak penah nampak lagi kat ebay atau mana mana laman notes tu..jika ada mest harga dasyat..kalau dapat yang koyak2 pun,jadi lah..hehehehe

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails