Isnin, 13 Ogos 2012

Governor Leigh 1800-1803 Penang







Assalamualaikum pada semua pembaca blog saya nie.Saya ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri.Puasa pun cuma tinggal lagi 5 hari jer lagi..lepas tu,kita semua akan menyambut hari lebaran.Entry kali ini merupakan entry tentang koleksi terbaik saya sebelum saya bercuti seketika sempena Hari Raya.Oleh yang demikian saya ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan diatas segala dan silap saya ketika menulis sebarang artikel kat blog saya nie.Mungkin ada pembaca yang terasa atau tidak berpuas hati.Dan maaflah jika komen-komen anda semua tu saya tak balas..mohon maaflah yer.Namun komen anda semua tu,saya baca.Cuma tak sempat nak balas jer.

Oklah,kita berbalik pada entry kali ini.Penang token 1cent (pice) Governor Leigh.Berdiameter 45mm diperbuat daripada Timah. Terus terang saya cakap memang teramat sukar nak dapatkan coin ini.Jika tak percaya cuba tengok kat kataloh Steven Tan ada tertulis "Only few specimens know to exist" berapa yang masih ada tu tak pastilah.Kat mana saya dapat coin ini?? mesti ramai yang tertanya tanyakan..so saya citer la sikit. Coin ini asalnya berada kat United Kingdom. Ada 2 keping sebenarnya. Si penjual itu memberitahu bahawa kedua dua syiling tersebut kepunyaan mendiang bapanya.Tapi takde maklumat bahawa kat mana si bapa penjual tersebut memperolehi syiling ini.Memang terhenti setakat itu sahaja,sedih la juga kerana tak dapat diketahui akan asal usul syiling ini dari mana. Sekeping syiling ini ada dalam simpanan Presiden Kehormat Persatuan Masdinar,Kedah. Manakala sekeping lagi ada pada saya.Harga pembelian,biarlah dirahsiakan.

Jika tengok pada kualiti syiling ini memang masih lagi cantik,nak kata EF pun takde masalah. Namun saya dan Presiden Kehornat masih lagi meragui akan ketulenan syiling tersebut.Cantik sangat untuk coin yang berusia ratusan tahun. Tapi melalui bantuan rakan numis yang lain.Saya menjumpai beberapa lagi keping syiling Penang Token yang akan dilelong di satu auction besar di luar negara,yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan syiling yang saya ada ini.Jika nak kata syiling ini palsu,tentu kita semua boleh jumpa dengan senang kat mana mana laman lelong.Nak buat mould syiling ini,agak sukar.Last sekali,kami sepakat mengatakan yang coin ini ' Contemporary Forgery" iaitu palsu yang dibuat pada zaman 1800an. Namun ia cuma teori kami jer.

Khamis, 9 Ogos 2012

Kupon Minyak 50 unit Jan-March 1950





Assalamualaikum semua....cerita tentang kupon masih lagi belum berakhir.Rasanya masih ada banyak lagi koleksi kupon yang akan diceritakan selepas ini.Hari ini dah pun 20 Ramadhan..pejam celik..pejam celik..rupanya dan 2/3 Ramadhan telah pun berlalu.Cepat betui masa berlalu meninggalkan kita semua.Dan pun sampai malam 10 terakhir Ramadhan,jadi pada pembaca yang mempunyai peluang tu..banyak2 la beribadat.Semoga kita semua leh dapat malam 1000 bulan...aminnn...

Kupon yang para pembaca tengok ini lebih kurang sama jer dengan entry yang lepas,yang berbeza cuma tarikh pada kupon dan juga tahun jer.Warna memang sudah pasti berbeza la..saya memang suka tengok warna yang merah tu,cantik la pulak.Cuma keadaan kupon agak kurang la sikit kerana ada kesan koyakan pada sebelah atas dan bawah kupon.Tapi rasanya ianya boleh dikatakan agak ok la bagi kertas yang berusia 62 tahun!!

Selasa, 31 Julai 2012

Petrol Coupon 50 Units Oct-Dec 1949





Jika sebelum ini para pembaca dah pun disajikan dengan entry kupon petrol,maka kali ini cerita yang sama akan disajikan juga. Cuma apa yang membezakan ia cuma nilai kupon tersebut dan juga saiz kupon. Kali ini kupon petrol mempunya saiz yang agak besar. Rasanya sama besar dengan duit RM5 dan ianya agak panjang skit. Disebabkan saiznya yang agak besar berbanding kupon petrol sebelum ini.maka nilai kupon ini pun besar la juga..nilainya 50 unit. Sebelum ini,tuan punya blog pernah terjumpa kupon petrol bersaiz 1,2,3,4,5 dan 10 unit.Tarikh pada kupon ini bermula dari Oktober-December 1949.Kupon ini dikeluarkan setiap 3 bulan sekali.Lepas ini akan ada beberapa lagi keping dari variety yang sama akan menyusul. Harga,bila kita bercakap tentang harga nie...agak sukar juga la nak jelaskan..ye lah,kupon ini boleh dikatakan Unlisted kat mana mana katalog.Kat Sasana Kijang BNM pun takde kupon jenis ini rasanya..jika tak salah saya la..Sebelum ini kupon yang sama variety ini telah pun disenaraikan kat ebay malaysia.Harganya pula lebih dari RM1,000...memang mahal betui...tapi senang cakap la..kat mana nak cari kupon petrol yang macam nie sekarang..memang sukar nak jumpa la,sebab tu la harga pun agak mahal walaupun ianya hanya sekeping kupon..huhuhuhuhu

Isnin, 23 Julai 2012

Rubber Coupon Sarawak 25 katis 30 Sept 1941 RN



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.Terlebih dahulu,saya ucapakn selamat berpuasa kepada semua pengunjung blog saya nie.Moga kita semua mendapat keberkatan pada bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.Entry kali ini biasa-biasa jer..tapi insyaallah sebelum hujung Ramadhan nie.Akan ada entry yang betul-betul gempak...apa dia,so kena tunggu la...hehehehehe..
Kisah kali ini tentang kupon getah lagi,kali ini kupon getah dari Sarawak. Kupon 25 kati,ada dua keping nombor berturutan,kualiti masih lagi UNC.Bertarikh 30 Sept 1941.Kupon ini yang 'mahal'nya cuma kat tarikh tu jer..kerana tarikh tu agak sukar nak dapat skit.Tapi sejak akhir akhir ini,banyak budget saya dihabiskan untuk membeli kupon jer.Maybe bulan kupon timbul kot.Banyak mana yang telah dihabiskan tu,tak perlulah diberitahu kat sini,biarlah rahsia.Bukan apa,nanti tentu ada yang mengatakan membazir jer buang duit beli kupon dan duit lama nie...adalah lebih baik jika ianya disedekahkan kepada mereka yang memerlukan..saya penah kena gak ayat yang pedas macam tu..huhuhuhuhu...tapi malas la nak komen.Yang penting jika kita buat kebaikkan tu,tak perlu la nak citer kat orang lain kan..saya teringat kata-kata seorang hamba Allah ni kat Facebook.."apa hak kita nak menerakakan orang lain"..fikir-fikirkan lah..

Isnin, 16 Julai 2012

Wang Gantian Siri Pertama Sa-Puloh Z/1




Seperti yang dijanji,entry kali ini merupakan antara yang terbaik..terbaik kerana wang yang ada lihat adalah wang gantian ataupun replacement banknotes siri Pertama $10. Siri pertama ini menggunakan ejaan lama, Sa-Puloh. Macam mana nak tahu yang wang itu merupakan wang gantian,kena la tengok huruf perfixnya..Siri pertama menggunakan huruf Z. Pada saya,wang gantian ini boleh dikategorikan sebagai very rare. Memang amat sukar nak jumpa wang ini kat pasaran atau pun dalam laman ebay atau mudah.Jika ada pun harga tentu amat mahal sekali.Wang ini dah lama saya dok merisik,rasanya dah lebih setahun setengah. Dan akhirnya beberapa minggu lepas,ia menjadi milik saya. Harga saya beli tu,biarlah menjadi rahsia. Bila dah dapat wang sapuloh z/1 ini..jadi cuma nak cari $5 Z/1 jer lagi untuk lengkapkan koleksi peribadi wang gantian saya..beberapa tahun sudah ada seller jual kat ebay malaysia,harga pun dalam RM500++ jer..tapi sekarang nie dah takde lagi...harap-harap tu,leh la dapat dengan harga yang murah.Rasanya hanya setakat itu jer,coloteh saya pada kali ini.Sakit kepala lak petang nie,so malas nak tulis panjang-panjang..apa apa pun,kepada semua pengunjung blog saya..saya ucapkan Selamat Berpuasa di Bulan Ramadhan.Wassalammm...

Jumaat, 13 Julai 2012

Wang Ganti RM5 Zeti Polimer



Bila dah bosan citer tentang kupon,maka entry kali ini tentang wang gantian lak atau pun replacement. Sebelum ini agak heboh juga la tentang wang RM5 polimer ini.Pada mulanya,harga yang dijual kat ebay,memang agak mahal..mencapai ratusan ringgit. Tapi sekarang ini harganya menjunam dan tertiarap...heheheheheeh...biasalah,lagipun agak sukar nak tahu akan bilang keluaran bagi wang gantian ini. Cuma mereka yang berani jer akan membeli wang gantian.Bak kata sorang seller,kalau nak jual beli wang gantian ini.Jika harga jatuh tu,mesti beli...dan kena la sabar beberapa tahun sebelum ianya naik semula.Mungkin harga wang ini jatuh merundum...tapi dalam masa setahun atau dua,harga akan naik semula..lagipun minggu depan jer,dah keluar duit cetakan baru.Dan BNM pun dah bagi tau,yang duit lama yang berada dipasaran akan dikeluarkan dari pasaran secara perlahan lahan.Mungkin ambik masa bertahun gak la untuk ditarik semula...tapi selepas itu,harga wang lama akan naik la coz dah takde kat pasaran..so apa pun,jika anda jenis yang suka membeli dan menjual wang lama..anda kena la bersabar..tapi kalau kolektor macam tuan punya blog nie,saya bukannya dok buat urusan jual beli..so tak kisah sangat la..tapi yang penting beli pada harga murah..kalau nak jual semula pada harga mahal tu,terpulang lah..yang penting tuan punya blog dah dapat 10 keping ZA RN...mmg puas hati la..pada pembaca yang meminati wang gantian ini,insyaallah pada minggu depan akan ada entry yang terbaik tentang wang gantian ini..wang gantian yang telah lama saya idamkan selama ini,dan ianya dah pun menjadi milik saya....tungguuuuuuu..

Khamis, 5 Julai 2012

Kupon Getah British Malaya 10 Kati




Bila tengok keadaan kupon getah ini,tentu ada yang geleng kepala.Ye lah,keadaan kupon ini dah cedera parah...koyak rabak..tapi si tuan punya blog tetap nak beli juga..membazir duit betul....hehehehehehe..Memang walaupun ianya dah cedera parah,ia tetap mempunyai nilai pada saya. Ianya kerana kupon ini ditandatangani oleh Jesricom...rasanya ejaannya macam tu kot..kalau salah,minta maaf lah. Lagipun memang agak sukar juga nak jumpa variety dari jenis ini.Mengikut pemerhatian saya la..Jesricom nie,merupakan penandatangan yang lebih awal dari Luis Shelly.Mengapa saya berkata begitu..cuba tengok prefix yang ada pada kupon tersebut.Jika dirujuk pada katalog Steven Tan,prefix yang ditandatangi oleh Jesricom pada kupon 10 kati ialah D/90,manakala Luis Shelly E/9. Kupon 25 kati lak,Jesricom prefix C/50 manakala Luis Shelly C/54. Namun ini cuma telahan saya jer..tapi nanti saya akan confirmkan ngan otai otai lain.Kupon ini digunakan di Larut.Harap2 lepas nie boleh la jumpa kupon yang variety mcm nie tapi dalam keadaan yang lebih sempurna.

Rabu, 27 Jun 2012

British Malaya Rubber Export Coupon 10 Katis Larut



Menyambung lagi cerita tentang kupon,tapi kali  ini kupon getah la pulak..Kupon getah British Malaya nie merupakan kupon yang agak sukar nak dapat pada waktu ini.Jika ada pun,harganya akan membuatkan anda pening kepala. Pembaca semua jangan la terikut sangat harga kat katalog Steven Tan tu.Jika kita tengok harga kat katalog,rasanya kupon ini berharga dalam RM70 sahaja..tapi kalau ada para pembaca yang berhajat nak jual kupon yang seperti ini dengan harga yang tercatat kat katalog tu..harap leh la saya hubungi saya..saya sanggup bayar harga 2 kali ganda dari harga katalog....mungkin kenyataan saya ini agak sinis..tapi itulah hakikatnya...adalah sesuatu yang agak jarang untuk dapat kupon nie dengan harga yang tercatat kat katalog..jika ada pun,tentu si penjual tu...tidak mengetahui harga pasaran yang sebenarnya..tapi ok la tu..rezeki dapat murah..Kupon ini tiada tarikh,tapi ianya dikeluarkan antara tahun 1928-1934.Engraved dan printed by Thomas De La Rue & Co. Ltd.London. Kompeni yang dok cetak duit malaysia,suatu ketika dulu..dan di tandatangai oleh Luis Shelly. Seorang yang berjawatan macam gabenor la pada tawal ahun 1930an. Tandatangan Luis Shelly juga boleh di dapati pada beberapa jenis duit kertas yang dikeluarkan oleh Negeri-negeri Selat dalam  awal tahun 1930an.Jadi anda tentu boleh bayangkan betapa bernilainya kupon ini.

Harga pasaran untuk kupon yang keadaan macam nie,rasanya RM200++.Kupon ini tuan punya blog dapat dari sorang sahabat kat FB.Dia ada banyak keping,tuan punya blog hanya dapat 2 keping jer.Itupun cukup puas hati,bukan senang nak dapat kupon yang macam nie.Sebelum ini,memang pernah jumpa.tapi harga nak jual memang terlalu mahal...jadi mampu tengok je lah..huhuhuhu..

Rabu, 20 Jun 2012

Straits Settlements Mainland Rubber Coupon 25 katis




Seperti biasa,entry pada kali ini masih lagi berkisar tentang kupon juga..tapi kali ini kupon getah aka rubber coupon. Cuma apa yang menariknya,kupon getah straits settlements mainlands ini memang sukar nak jumpa pada masa kini,terutamanya yang masih lagi berkualiti UNC..kupon getah ini kualiti UNC,bertarikh 31 March 1942.Sebelum ini tuan punya blog memang tak pernah jumpa kat ebay atau mudah,seller yang nak jual kupon dari straits settlements mainlands nie..boleh dikatakan agak rare la juga.Sebelum ni boleh tengok kat katalog jer.Mujurlah tuan putri telah offer kupon ini pada saya,terus confirm nak beli la..harganya agak mahal la juga,dah kualiti UNC..biasalah tu..tapi harga tak jadi masalah,yang penting leh dapat memiliki sekeping kupon getah ini.Memang berpuas hati dan berbaloi baloi.Namun koleksi kupon getah saya masih lagi belum lengkap,banyak lagi yang belum ada..so kena teruskan usaha untuk menjejaki kupon kupon getah ini..

Jumaat, 15 Jun 2012

Petrol Coupon 3 Units



Bab kupon belum habis lagi nie..so sebelum nie saya dah pun kuarkan entry kupon petrol 3 unit,yang warna coklat. Yang nie pun 3 unit juga cuma warna biru..kenapa ianya berbeza..kena la tengok tarikh sah laku kupon tu. Yang berwarna coklat tu,tarikhnya oktober-disember 1949. Manakala kupon nie pulang tempoh sah lakunya bermula dari July-Sept 1949.So ini bermakna tempoh sah laku kupon petrol ini cuma 3 bulan jer.Maka boleh dikatakan la,tentu banyak kupon yang seperti ini dikeluarkan pada tahun 1949,namun pada ketika ini.Nak jumpa kupon yang mcm nie agak sukar.Harga pun mahal la juga. Sebelum nie tuan punya blog memang tak pernah tengok dan jumpa kupon petrol ini.Tapi semenjak kupon ini boleh dilihat di Sasana Kijang BNM,maka sejak tu baru la leh jumpa kupon ini kat pasaran.Mungkin sebelum ini,kupon ini tiada nilai atau takde sapa yang nak ambik peduli..entahlah,ini cuma telahan tuan punya blog jer.No plat kenderaan pun cantik W 64..kalau leh letak no plat mcm tu kat keta pada zaman sekarang nie..mesti bestkan..baru gempak....hehehehehehe
Related Posts with Thumbnails