Selasa, 29 Januari 2013
Kupon Petrol 50 Unit Jan-March 1949
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya nie. Entry kali nie nak kongsi kisah kupon petrol 50 unit yang terakhir dalam koleksi saya. Kualiti tak berapa elok,ada koyak dan berlubang kat bahagian atas. Ianya digunakan dalam tempoh masa Januari hingga Mac 1949.Kupon ini dahulunya dimiliki oleh United Traction Co. Ltd, saya ada beberapa kali jumpa kupon ini kat ebay malaysia dan kat laman web yang lain..Semuanya dimiliki oleh syarikat yang sama..Cuma ada kualiti yang masih lagi elok dan cantik.Berkemungkinan ianya milik seorang kolektor yang sama atau datang dari sumber yang sama..Tapi itu hanya telahan saya jer.Oklah,hanya setakat itu sahaja coretan saya ini.Lagipun saya kurang sihat sikit.Maklumlah cuaca kat Perlis nie dah semakin panas,dah masuk musim Timur.Daun pokok pun dah mula berguguran.Sehingga kita berjumpa kembali.Wassalam..
Selasa, 22 Januari 2013
Duit Straits Settlements $5 Dollars 1921
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog saya. Saya ucapkan terima kasih kerana sudi membaca dan follow blog saya ini.Dah lebih 3 minggu tahun 2013 berlalu dan ini merupakan entry saya yang pertama untuk tahun ini.Agak terlewat untuk update kat blog saya ini.Dulu saya selalu update blog pada setiap hari isnin.Namun kini,kerana bebanan kerja dan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.Agak terbatas untuk saya mengemaskini blog ini selalu.Waktu malam tu,kadang kala terlalu penat untuk nak update blog.Mungkin kerana usia dah pun makin bertambah kot...dah makin tua la..hehehehehehe
Malam ini cuba gak la nak update blog,entry pertama tahun ini ialah duit Negeri Selat atau Straits Settlements bernilai $5 Dollars dan bertarikh 20 Jun 1921.Namun seribu kali sayang,duit ini dah pun terkoyak dan ada kesan karat padanya.Kalau nak kasi kualiti tu,lebih kurang Good jer..itu cuma pendapat saya la..duit ini agak sukar nak dapat.Tapi oleh kerana kualitinya yang agak rendah.Maka saya dapat dengan harga yg agak murah.Berapa harga,tak perlulah saya bagi tau kat sini.Tapi memang berbaloi-baloi. Saiz duit ini agak kebil berbanding dengan notes $10 dollars.Cuma besar skit jer dari duit Straits $1 dolar tahun yang sama.Tapi apa yang menyebabkan saya sukakan duit Straits Settlements ini ialah kerana terdapatnya tulisan jawi,engrave yang cantik dan kalau penbaca semua perasan.Kat bahagian belakang duit ini ada gambar 4 bilah keris. Yang sinonim dengan budaya Orang Melayu di Tanah Melayu.Walaupun duit ini dikeluarkan dan dicetak oleh pihak British,namun ia masih lagi menerapkan identiti Tanah Melayu.
Ahad, 30 Disember 2012
Straits Settlements $10 Dollars 1916
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Nazri Duit Antik & Syiling Lama. Entry ini merupakan entry yang terakhir dan penutup untuk tahun 2012. Oleh yang demikian,entry kali ini merupakan koleksi saya yang terbaik dalam kategori duit Straits Settlements atau Negeri Selat. Notes yang dipaparkan kali ini merupakan notes Negeri-Negeri Selat yang bernilai $10 Dollars dan bertarikh 10 July 1916.Lagi 4 tahun,genaplah 100 tahun usia notes ini.Jadi jika keadaan notes ini terkoyak macam ini pun,ianya perkara biasalah kerana usianya dah pun lanjut...hehehehehe
Saiz duit ini amat besar sekali,panjangnya 199mm manakala lebarnya 121mm..Ada 3 org gabenor yang tandatangan pada notes nie.Rasanyalah dengan duit sebanyak ini pada tahun 1916,apa yang boleh dibeli yer?? mungkin hanya pembesar-pembesar dan golongan bangsawan jer yang mampu memiliki notes ini.Rakyat biasa tentu tak mampu kan.Harga saya dapat notes ini tak la terlalu mahal,lagipun keadaan notes ini dah pun terkoyak..jadi dapat dengan harga murah la..rezeki diakhir tahun..
Akhir kata,saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembaca blog saya ini. Insyaallah kita akan berjumpa semula pada tahun 2013, dan awal tahun depan saya akan masukkan entry yang menarik lagi. Wassalam..
Ahad, 23 Disember 2012
Kupon Singer 1941
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kali ini entry yang saya nak ceritakan kali ini agak unik sekali. Kupon Singer bertarikh 1941..ada sesiapa yang pernah lihat tak kupon ini?? Kupon ini dikeluarkan sebagai resit pembayaran bulanan untuk pembelian mesin jahit.Tercatat nama kat kupon itu Che Kechik bt ..... kupon ini dikeluarkan di Penang, kat Kramat Road..tak pasti sama ada jalan itu masih ada atau tidak.Tapi cubakan harga mesin jahit pada ketika itu,mesti mahalkan..bayaran bulanan sahaja dah $5.Masih lagi kuingat kata kata arwah nenek aku dulu.Dulu dengan syiling 1 sen dan boleh beli macam macam..inikan pula $5.Mesti cuma mereka yang kaya dan berharta sahaja yang dapat membeli mesin jahit. Kupon ini dikeluarkan sebelum kedatangan askar Jepun ke Tanah Melayu.Boleh dikatakan kupon ini jarang diperolehi pada masa ini,kalau jual kat syarikat Singer,tentu diaorang akan beli nie....hehehehehe...
Ahad, 16 Disember 2012
Straits Settlements $1 Dolar 1906 Variety 2
Notes straits settlements atau negeri selat merupakan notes yang menjadi kegemaran saya.Ini kerana notes nie lazimnya mempunya cetakan atau engrave yang memaparkan cara hidup atau binatang yang ada kat tanah melayu. Tapi yang paling menariknya,ada tulisan Jawi pada notes tersebut. Cuma hampir satu tahun saya tak update tentang notes straits nie,bukan apa.Modal takde nak beli notes yang semakin rare nie.Kali ini saya telah pun berjaya memperoleh beberapa keping notes straits yang agak menarik dan saya akan masukkan satu persatu kat blog saya nie.
Jika dirujuk apa katalog KN Boon, notes straits $1 dolar yang dikeluarkan pada tahun 1906 ini mempunyai 3 variety. Saya sudah pun mempunyai variety 1 dalam koleksi.Jadi yang ini,merupakan variety yang kedua. Apa yang membezakan notes ini dengan variety pertama ialah kewujudan tanda nombor "1" pada bahagian kiri dan kanan notes ini.Warna notes ini cream.Cuma sekarang nie kena usaha lebih skit untuk cari variety yang ke 3.Entahlah berapa tahun lagi baru akan dapat agaknya. Sebagai kolektor,kita tidak boleh terlalu gopoh mencari notes atau coin yang rare.Kadang-kadang tu,memang kena sabar.Bak kata kata seorang kolektor super otai kepada saya "perjalanan kumpul duit lama ini memang jauh macam lari marathon,so nko kena berjongging la.kalau awal awal lagi nko dah pecut,tentu nko takkan sampai kat penamat la".
Memang ada benar kata kata beliau nie.Bila saya borak-borak ngan kolektor otai otai yang lain.Memang masa yang lama diperlukan untuk kumpul koleksi ini.Disamping kita dok kumpul notes atau coin ini,ilmu tentang numis pun kena la blajar juga.Baru la nanti tak kena tipu ngan seller.So ilmu kat dada kena penuh la.Saya sendiri pun masik lagi dok blajar ilmu numis nie.Masih ada banyak lagi yang belum saya tahu..
Khamis, 13 Disember 2012
Kupon Getah B.L&P 25 Katis
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kali nie nak cerita tentang kupon getah lagi. Saya memang suka sangat dengan kupon getah nie. Sekali pandang,kupon getah ini macam takde apa apa keistimewaan pun.Tapi bila tengok tulisan yang tercatat kat atau tu "B.L & P"..singkatan negeri mana tu?? itulah yang akan membuatkan para pembaca tertanya-tanya. Kalau rujuk pada buku tulisan Saran Singh,beliau sendiri pun tak pasti tentang singkatan BL&P tu...menarik bukan!! Ada yang mengatakan ia merupakan singkatan dari Borneo Labuan & Plantation ataupun Boustead Land & Plantation. Namun sampai sekarang ini,takde bukti sahih akan makna singkatan tersebut. Sebelum ini,hampir kesemua kupon getah merujuk pada nama negeri. Jadi ada kupon ini juga merujuk pada nama negeri atau pada nama ladang tertentu..Persoalan itu masih lagi belum dapat dijawab hingga kini. Kupon ini saya perolehi dari kenalan dari Brunei. Yang pasti,kupon ini digunakan di kawasan Borneo.Cuma tak pasti kat area mana.Mungkinkah persoalan ini akan terjawab sedikit masa lagi. Kupon getah ini juga boleh dikatakan agak sukar nak dapat.Jarang boleh jumpa kat mudah atau ebay malaysia.Namun harganya tak la mahal sangat.
Ahad, 2 Disember 2012
25 Cents 1918 Straits Settlements
Assalamualaikum kepada semua pembaca blog saya nie. Rasanya dah lama saya tak masukkan entry tentang duit negeri selat atau straits settlements. Duit yang saya paparkan ini merupakan salah satu notes yang menjadi pilihan utama pada saya untuk memilikinya. Tapi duit yang saya paparkan kali nie agak teruk sikit keadaannya.Duit ini dah pun koyak-koyak disana sini,ada kesan lipat.Namun inilah keadaan duit yang mampu dimiliki oleh saya.Nak beli yang cantik cantik tu,memang saya tak mampu.Jadi kena la beli yang koyak2 macam nie,baru la leh dapat murah skit.Pada saya,janji ada walaupun koyak rabak dari tiada langsung dalam koleksi.Berapa harga yang saya dapat duit nie,tak perlulah saya bagi tau..biarlah rahsia. Baru baru nie,saya ada jumpa kat satu entry kat FB yang menyatakan duit ini ada dua variety..tapi saya pun tak pasti akan hal ini..katanya duit ini ada dua warna,satu warna kuning yang satu lagi warna oren.Namun saya tak sempat nak bertanya pada otai-otai akan kesahihan maklumat ini.Pada saya dapat memiliki sekeping pun dah puas hati,janji dapat dengan harga yang berpatutan.
Ahad, 25 November 2012
Coagulant Johor 1 unit March 1940
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua..entry kali ini masih lagi tentang kupon cuka atau coagulant.Jika tak salah saya la..cuka getah yang dimaksudkan ialah asid formik dan asid acetic.Kupon ini dikeluarkan bermula pada January 1940 hingga December 1941.Saiz kupon 40mm x 50mm. Kupon kali ini agak menarik kerana tarikh yang agak sukar nak dapat,cuma kualitinya agak kurang skit...harga pun murah,jika tak salah cuma RM20 jer sekeping..
Khamis, 15 November 2012
One Coagulant FMS April-June 1940
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog saya.Rasanya dah lebih dari sebulan blog saya ni tak diupdatekan. Dan pada malam tahun baru Maal Hijrah 1434H nie,rasa tergerak hati nak update blog.Saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru Hijrah 1434H,semoga kita semua dipermudahkan dalam segala urusan dan hidup kita nie diberkatiNya...aminnnnn..
Entry kali ini,saya sajikan coagulant unit coupon ataupun kupon cuka getah yang di gunakan di Federate Malay State. Yang menariknya tentang kupon ini,ianya masih lagi kembar 3 dan tahun 1940 merupakan tahun yang agak sukar nak jumpa la nie. Itulah kelebihan yang ada pada kupon ini.Kualitinya masih lagi cantik,boleh dikatan Unc lagi..
Isnin, 1 Oktober 2012
Kupon Petrol 50 Gelen Oct- Dec 1948
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya nie.Tuan punya blog mohon maaf kerana bulan lepas hanya sempat masukkan satu entry jer. Kalau ikutkan tu,setiap minggu akan ada satu entry baru.Tapi kadang-kadang tu,kita cuma merancang..Letih menganjurkan aktiviti sepanjang minggu lepas belum lagi hilang,lepas tu anak lak masuk wad disebabkan masalah kesihatan. Tapi aktiviti kena handle gak...huhuhuhuhu..Tapi sekarang semuanya dah selesai,syukur pada Allah.
Entry kali ini,cerita tentang kupon lagi.Tapi rasanya tak ramai yang pernah lihat kupon ini. Kupon ini dikeluarkan pada tahun 1948..sebelum ini saya penah menulis entry tentang kupon petrol.Cuma tahunnya yang berbeza jer. Kalau yang tahun 1948,saya cuma ada sekeping ini jer.Kemungkinan kupon ini merupakan kupon petrol terawal di Tanah Malayu rasanya.Saya pun tak pasti akan hal ini.Mungkin ada kolektor diluar sana yang lebih arif tentang hal ini.Kupon ini digunakan untuk membeli minyak atau pelincir sebanyak 50 gelen..kalau ditukar kepada liter rasanya lebih kurang 200 liter!!..banyak tu...kemungkinan ianya digunakan oleh bas atau kenderaan berat yang lain.
Langgan:
Catatan (Atom)







































