Selasa, 26 Oktober 2010

Empangan Beris,Sik, Kedah. Part II

 Ini adalah sambungan entri yang lepas,pasai Empangan Beris la juga. Tak sangka kat kawasan yang agak ke dalam hutan ada ladang anggur yang hebat. Lepas ambik data kat tasik beris tu,leh la pi rehat kat sana. Tak sangka agak ramai juga pengunjung yang singgah kat tempat tu. Jadi beli la sikit buah tangan untuk keluarga kat rumah.Buah anggurnya manis dan sedap..so kalau pergi ke Sik,jangan lupa singgah kat ladang anggur Beris.
 Tengah ambik data tentang kualiti air kat tasik beris tu.Alat nie jenama YSI,Jabatan Alam Sekitar pun dok guna alat nie gak..nampak jer kecik,tapi harga hampir RM40k...huhuhuhuhu
                            Jeti untuk nak masuk ke kawasan chalet KEDA.
             Chalet yang ada kat tepi tasik beris tu..masih lagi dalam pembinaan.
       Ni kalau tak salah,restoren..waktu lawatan kali pertama takde pun..bila datang kali kedua,dah pun siap.Cepat betul diaorang bina.


 Kalau takde budget,leh la tidok kat chalet kecik nie..cuma takde aircond la..biasa jer..tapi masih ada tilam dan bantal.
 Ni kat kawasan empangan Beris,tu rumah pam untuk pam air keluar dari empangan jika air dah overflow.

 Kalau tgk kat part I,air kurang.Tapi kali nie air dah terlalu banyak.Musim hujan..so kalau ada sesiapa nak main air,leh la terjun kat bawah nie..cuma kena berani mati la..air memang laju betul.

 Berehat sambil menikmati jus anggur yang macam gambar kat bawah tu. Tanpa perasa dan perwarna tiruan,semuanya asli dari Vineyard Beris.Cuma harga mahal skit la,satu botol RM3.Tapi rugi mencuba. Bulan november nie nak pi sana lagi. Data belum cukup,penat betui la..

Jumaat, 22 Oktober 2010

Empangan Beris,Sik, Kedah. Part I

 Enrty kali nie,nak cerita tentang alam sekitar pulak. Kali nie lawatan ke empangan Beris di Sik. Kami menerima jemputan dari JPS HQ Putrajaya untuk menyediakan laporan mengenai Tasik Beris. Kena buat "Lake Brief". Ianya merupakan satu guideline yang diguna pakai untuk menguruskan tasik atau empangan untuk seluruh dunia. Jadi kat dalam laporan itu,macam macam data la yang kena masukkan. JPS bayar puluhan ribu gak untuk kami menyediakan laporan tu.Lawatan ini dilakukan sebelum bulan puasa lepas.Bukan senang nak masuk kat dalam kawasan.
                                           Inilah empangan Beris,pada waktu ini air kurang.


                                                Yang ni lak,spillway atau alur limpah.
                                                      Alur limpah
 Bersama sama jurutera-jurutera JPS,bukan selalu nak naik bot nie..best gak..hehehehe


                                 Chalet yang ada kat tasik Beris tu,leh la kalau nak rehat-rehat,tapi masih lagi dalam pembinaan.
                                                      Ladang anggur kat tasik Beris.



Jumaat, 8 Oktober 2010

RM10 Zeti Aziz Replacement ZD8888888 Very Rare !!


Kali ini entry yang paling menarik sekali, Wang gantian Zeti Aziz bernombor siri ZD888888...boleh dikatakan duit gantian ini merupakan satu jer dalam Malaysia nie. Boleh berikan kategori Very Rare.Kalau siri lain tu,memang berlambak..tapi yang ini siri wang gantian..memang ada satu ini jer. Kalau kolektor tu memang dok kumpul wang gantian atau replacement,dia tahu berapa sukarnya nak jumpa wang yang sebegini.Sebab tu lah,terpaksa letak watermark supaya takde orang lain menggunakan wang ini tanpa kebenaran. Rasanya dalam semua siri wang gantian,hanya prefix ini sahaja yang dicetak dengan jumlah yang banyak sekali. Kalau prefix gantian untuk nominasi yang lain memang tak pernah capai angka solid 8. Tapi maklumat tentang wang ini TERPAKSA SAYA RAHSIAKAN. Lagipun saya dah berjanji pada seseorang,so kena tutup mulut la. Janji tetap janji. Agak-agak la,berapa la harga yang boleh dicapai untuk duit nie??

Selasa, 5 Oktober 2010

Malaya & British Borneo $10 "Kerbau Bajak"



Entry kali ini adalah sama dengan yang beberapa bulan yang lalu. Duit kerbau bajak ini,yang sebenarnya saya beli tanpa melihat wang tersebut terlebih dahulu. Percaya kepada penjual,katanya duit itu koyak jer.Ingatkan koyak sedikit jer. Tapi bila duit tersebut sampai kat tangan.Terkejut beruk la juga!! Dalam hatiku berkata "teruknya koyak duit nie...nasib baik beli harga murah jer" nak buat macam mana,salah sendiri gak. Bila duit lama tak tengok terlebih dahulu.Nasib badan la. Rasanya kalau duit yang koyak macam nie,kategorinya dah kira Poor la. Jika tengok pada kesan koyak tu,macam notes tu dikoyakkan dengan secara sengaja. Duit itu masih lagi cantik,cuma kesan koyak tu terlalu mencacatkan duit lama tersebut. Mungkin anak kecil si penjual tu kot yang koyakkan duit ini secara tak sengaja..budak budak la katakan...huhuhuhuhu

Rabu, 29 September 2010

Hari Keluarga @ Putri Ayu Chalet,Yan, Kedah.


Entri kali ini agak berbeza sedikit dari biasa, yelah asyik bercerita tentang duit saja.Jadi kali ini nak bercerita tentang Hari Keluarga yang kami buat selepas hari raya aidilfitri yang lalu. Kat Putri Ayu Chalet,Yan Kedah. Kawasan ini dekat dengan air terjun Titi Hayun dan air terjun Batu Hampar. Kawasan chalet ini di kaki bukit Gunung Jerai. Ianya dikelilingi oleh pokok buah-buahan seperti durian,rambutan,dokong dan sebagainya.Suasananya memang nyaman sekali dan memang privasi. Kami sewa hampir 60 % chalet yang ada kat situ. Jadi hanya keluarga kami sahaja yang menginap disana,tiada orang lain.So memang selesa la.
 Ini gambar anak perempuan aku yang ketiga bersama dengan neneknya,umur baru 6 bulan jer.

 Pada waktu petang untuk memeriahkan suasana,kami buat sukaneka. Semua keluarga ambik bahagian la..kami buat dua group..so memang enjoy.

Ni anak aku yang sulong bersama dengan yang no 2,ada acara mengutip gula-gula dan snek untuk kanak-kanak.so kena kutip sampai habis la.


 Acara bowling padang menggunakan buah kelapa,memang sukar la..aku baling pun tak kena.Ingatkan senang..huhuhu
                                                          Family aku ngan adik ipar.




Gambar kat atas nie,agak-agak la buah apa yer?? kalau orang kedah mesti tahu punyalah..Buahnya seakan akan buah manggis. Kalau sahabat nak tahu. Itu ialah buah asam gelugor atau asam keping yang kita dok guna waktu memasak. Tapi buah ini perlu di potong potong terlebih dahulu dan di jemur sehingga kering. Bila dah kering,barulah di gunakan untuk memasak.

Disebabkan ramai yang dok contact saya minta no tepon chalet ini.Maka kalau nak pi menginap di sana,boleh hubungi En. Ramdzan Affendi : 019-4444441 atau 012-4983311.


Isnin, 20 September 2010

Syiling 50 Sen 1967 Without Security Edge (Freaks)



Syiling ini jika sekilas pandang macam takde apa apa keistimewaan langsung. Mungkin tak ramai yang tahu yang syiling jenis ini,mempunyai nilai yang tinggi berbanding dengan syiling 50 sen yang lain. Syiling yang biasa,mempunyai security edge atau parit di bahagian tepi. Ada yang menggelarnya syiling terbelah,syiling cantum dua dan bermacam lagi. Ada ramai yang menganggap yang syiling terbelah itu istimewa dan mempunyai nilai yang tinggi.Namun telahan itu adalah salah sama sekali. Yang paling mahal ialah syiling 50 sen yang ada sedang tengok sekarang nie. Kualiti syiling ini ialah Good EF.Harga pulak,,,,biarlah rahsia. Jika mengharap syiling ini akan jatuh ke tangan anda secara percuma....mungkin itu ialah mimpi di siang hari..ianya terlalu sukar..lainlah jika anda terjumpa tabung yang berusia lebih dari 20 tahun..mungkin akan terjumpa kot..itupun jika ada la. Hajat nak kumpul untuk lengkapkan ketiga tiga tahun iaitu tahun 1967,68 dan 69. Tahun 68 mungkin leh dapat...tapi untuk tahun 69,harganya terlalu tinggi..tak mampu nak beli la.Cuma mampu tengok jer.

Isnin, 13 September 2010

British North Borneo 25 Sen 1925 Very Rare.

Apa apa pun,saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua sahabat yang sehobi dan juga semua pembaca blog saya nie. Maaflah jika agak terlewat nak ucap sebab agak sibuk dengan urusan harian. Dan saya memohon maaf jika ada terkasar bahasa atau tersilap tingkah laku sepanjang menulis blog nie.

Hari ini agak lewat gak saya update blog saya nie..selalunya saya akan update pada setiap hari Isnin sebelum pukul 12.00 tghhari.Tapi hari ini,ada hal yang tak dapat dielakkan.Jadi terpaksa lah update tengah malam nie..lagi setengah jam,dah nak masuk hari selasa.

Wang yang saya update kali ini,rasanya tak ramai yang memilikinya. Saya pun bertahun juga mencari wang ini.Akhirnya dah rezeki saya,dapat juga wang dari seorang seller dari Sabah. Harga pun boleh tahan gak la,RM450.Kualiti wang nie boleh saya katakan Fine. Jika ikut katalog Steven Tan,harga untuk Fine adalah RM800 (edisi 18). Cuba para pembaca yang mempunyai edisi pertama Katalog Steven Tan belek harga untuk tahun yang sama..rasanya kat katalog yang Edisi Pertama tu,rasanya harga lebih kurang dalam RM300 kot...memang menghairankan..harga untuk wang British North Borneo nie..memang tak banyak berubah dari tahun ke tahun..dan dalam katalog,kualiti yang diberikan adalah bermula dengan Very Good.Cuba anda perhatikan ada setengah wang yang kualitinya dimulakan dengan VF atau EF!!.
Adakah anda semua perasan tentang hal ini?? Cuma wang yang begitu RARE sahaja yang bermula kualitinya dengan Very GOOD!! Tapi ini hanyalah permerhatian saya sahaja..jika tersilap,harap dimaafkan. Yang sebenarnya wang British North Borneo ini..memang agak sukar untuk diperolehi,jika ada lubang atau koyakan,itu tak jadi masalah. Wang ini DICOP dengan tarikh 9 December 1925. Jika para pembaca lihat pada katalog Steven Tan, tahun 1921 dan 1925 adalah "with printed date & signature". Tapi wang saya ada pada saya nie..DICOP tarikhnya..dengan kata lain,ianya tidak disenaraikan dalam katalog Steven Tan. Yang sebenarnya ianya di keluarkan pada tahun 1920,tapi pada tahun 1925 baru lah wang ini dikeluarkan dari simpanan dan di cop tarikh 1925. Pada bahagian belakang wang ini,tiada apa apa cetakan..hanya kosong.

Isnin, 6 September 2010

Token Lama 1890



Token lama ini digunakan di sebelah Sumatera,jika tak silap saya lah.Token in masih lagi cantik,cuma pada bahagian belakang ada kesan calar-calar sedikit. Token ini bernilai satu dolar dan dikeluarkan pada tahun 1890. Cuma saya pun tak tahu apa maksud tulisan pada muka hadapan token tersebut. kalau ada sesiapa yang tahu,bolehlah berkongsi dengan saya. Token ini digunakan di ladang-ladang sebagai bayaran upah atau gaji pekerja. Agak sukar untuk menjumpai token ini pada masa kini.
Related Posts with Thumbnails